Jan 23, 2013

Progress! (episod 2)

Progress!

Dah hampir 10 tahun umur abang. Walaupun perkembangannya tak sama dengan anak-anak tipikal lain sebayanya, banyak juga kemajuan-kemajuan kecil di sana sini yang beliau dah tunjukkan. Kadang-kadang, bila imbas semula progress dari kecil hingga sekarang, bercampur baur rasa terharu, gembira, kagum, sedih, risau, lega. 

Ok. Sejak tahun lepas, saya sudah mula confident untuk minta tolong abang buka gate rumah kami. Biasanya saya yang turun dari kenderaan dan buka gate sendiri. Kalau ada kakak dan adik, mereka yang tolong buka. 

Bila abang yang buat, saya tak dapat tahan diri daripada tersenyum sambil melihat dari dalam kereta. Anak ini, yang dulunya sangat HIPER, sesaat pun saya tak boleh lepaskan tangannya ketika berjalan (kerana risau dia lari bertempiaran dan terus hilang). Anak ini, yang dulunya tak pandai dengar arahan, yang tak respon bila namanya dipanggil dan apabila bercakap dengannya pun, dia tak pandang. Anak ini, yang saya selalu saya risau dan bimbang, samada nanti dia mampu mengurus diri dan berdikari. 

Tutup dan buka pintu gate hanyalah tugasan kecil. Tanggungjawab yang agak remeh bagi anak-anak tipikal. Tapi, bagi saya, ia satu permulaan dan petanda bahawa abang boleh buat lebih lagi, insyaAllah.







"Abang, buka gate. Sampai habis." 
Ringkas dan perlahan saja skrip saya, supaya dia faham. 
Dia turun, terus menuju ke pintu pagar dan buka satu persatu.




Dengan terburu-burunya, dia hanya tolak sedikit setiap pagar dan 
terus LARI masuk kereta. adoyai


Dia masuk kereta, saya pandang mukanya dan beritahu lagi, "Abang, tolak sampai habis. Go!" dan dia turun semula dan buat apa yang disuruh. 
Masuk kembali dalam kereta dan misi selesai! hehe


Walaupun selalunya lama juga masa yang diambil untuk abang buka gate, kalau saya/kakak atau adik buat lebih cepat, saya tetap juga bagi peluang pada dia. Kadang-kadang, tugas-tugas kecil begini (bila dia berjaya buat dan dipuji usahanya) akan buat beliau lebih confident, bersemangat dan gembira.

Selain buka gate rumah, abang juga dah mula bantu beberapa lagi kerja-kerja rumah yang simple. Tak sabar nak tunggu dia pandai cuci pinggan (dengan sempurna), kurang sikit kerja mak. hehe


2 comments:

Dak-eiza said...

yeay..mission completed kann
:)
kalau hadif (my autism son) dia akan cakap, "Ok sudah!" tiap kali selesai misi dia :D

syida said...

yup, mission accomplished!

cute je hadif..mesti mama pun sengih je bila dgr skrip tu :)