The Little Big Club.
Salah satu tarikan di Puteri Harbour Theme Park. Ia setempat dengan Sanrio Hello Kitty Town dan Lat's Place. Seperti Legoland, TLBC juga terletak di Nusajaya, tapi lain-lain lokasi.
TLBC tak sepopular LegoLand atau Sanrio Hello Kitty Town.
Ramai lagi yang belum tahu tentang TLBC.Patutlah masa kami pergi Isnin lepas (cuti Thaipusam), tak ramai orang. Bagaimanapun, musim cuti sekolah dengarnya agak ramai juga yang datang.
Ia satu kejutan pada anak-anak saya sebenarnya.Mereka tak tahu plan saya sehinggalah saya print tiket yang saya beli online malam Ahad yang lepas.
Saya beli tiket untuk 1 park iaitu ke TLBC sahaja.
FYI, anda boleh pilih untuk tiket 2 park (termasuk ke Sanrio Hello Kitty Town).Info harga tiket ---> klik SINI.
Harga tiket kanak-kanak (3 tahun dan keatas) dan dewasa adalah sama. Harga tiket juga adalah lebih murah untuk pemegang MyKad dan MyKid (warganegara).
Terlalu banyak yang saya nak ceritakan. Secara ringkasnya, TLBC ialah sebuah taman tema indoor, sangat mirip dengan Cosmo World Theme Park di Berjaya Time Square.
Bezanya, di TLBC, semua rides dan permainan adalah khusus untuk kanak-kanak sahaja(personally, TLBC paling ideal untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun). Segala-galanya di TLBC berkonsepkan 5 karakter animasi di Disney channel ini; Barney, Thomas, Pingu, Bob The Builder, dan Angelina Ballerina.
Saiz taman tema TLBC ni sederhana, not too big, not too small. Secara peribadi, saya rasa jumlah rides yang ada boleh ditambah lagi hehe. Kami berada di sini selama lebih kurang 3 jam setengah (10.30pagi-2 petang) dan kami naik hampir setiap rides 2x. Yup, bayar tiket dan semua di dalamnya 'percuma' (mainlah sepuas hati haha). Oh ya, ia lengkap dengan kafe, tandas dan surau. Layanan dari staf TLBC sangat memuaskan, sentiasa senyum dan tak lupa ucap terima kasih.
Jom!
Pingu playroom.
Kakak & Angelina Ballerina. My favourite photo :)
at the exit.
Adik (paling kanan) muncung sebab tak nak balik. haha
Paling saya suka tentang TLBC, ia ada playground yang awesome & banyak slide!












2 comments:
nice! thanx for sharing... !
no problem..ada lagi insyaAllah.stay tune :)
Post a Comment