dari google
Minggu ini agak menguji saya dan suami. Mood Abil turun naik, kerap tantrum. Tak boleh silap sikit. Tiba-tiba Abil jadi rigid dan bila sudah marah/menangis, SUSAH nak reda.
Saya tak pasti apa puncanya. masalah sensori? Sakit/tak selesa? Saya tak tahu. Puas saya cuba 'baca' body language-nya. Saya juga cuba slow-talk dan bertanya. Tapi, as expected, dia 'ignore' saya (bukan sebab dia sombong atau tak mahu memberitahu, sebaliknya dia memang tidak mampu/tidak tahu bagaimana untuk meluahkan).
Ya, itulah perbezaan antara individu autisme dan individu tipikal. Kalau anak-anak tipikal, mereka biasanya boleh memberitahu kita jika mereka bermasalah. Kalaupun ada yang suka berahsia, adalah lebih mudah untuk kita bertanya dan mencari punca mereka marah/menangis, berbanding anak autisme.
Dua tiga hari kebelakangan ini, nampaknya angin bad mood Abil sudah perlahan-lahan hilang.

Bila anak autisme 'mengamuk', keadaannya agak 'over'. Apalagi kalau yang menangis dengan teruk itu seorang kanak-kanak pra-remaja, bukan lagi usia bayi/toddler. Saya tak mahu cerita detail-nya, yang pasti it is NOT a pleasant sight. Bila anak-anak tantrum (tipikal ataupun autisme), ibu bapa dengan mudahnya boleh jadi hilang sabar dan melakukan perkara-perkara yang di luar dugaan. Boleh baca di sini dan sini.
Waktu kusut dan serabut, saya hanya mampu untuk ignore dan cuba peluk Abil apabila dia nampak seperti sudah tidak mampu mengawal emosinya.

2 comments:
askum... berat mata memandang berat lagi bahu memikul... saya faham apa yang awak rasa. Saat anak saya sakit tahun lepas sampai hari ni ada masanya saya seakan terasa kesakitan yang dia terpaksa tanggung... kesakitan itu mungkin penghapus dosa atas kekhilafan sendiri. Bila dengar lagu Muhasabah Cinta rasa sedih sangat....
wa alaikum salam,
mmg betul, segala ujian/musibah/dugaan ke atas kita adalah penghapus dosa. Cuma, kadang2 risau dengan diri sendiri yang x cukup sabar. takut anak jd mangsa. Bak kata wardina, anak2 ni suci. Yang banyak dosa, kita ni..ibubapanya. *selfreminder
Post a Comment