Cerita 26 Februari
Sekejap saja sudah 2013.
Cepat saja melangkah ke bulan Februari.
Anak bujang saya cukup 10 tahun hari ini.
Sehingga ke hari ini, sudah dua kali dia tiup lilin kek harijadinya.
Mungkin juga hari ini dia tiup lilin lagi semasa sambutan di sekolahnya.
Bukan agenda tiup lilin yang saya pentingkan.
Tetapi, mood ceria dan senyuman gembira
setiap kali kami nyanyikan lagu harijadi untuknya,
Alhamdulillah :)
Sekejap saja sudah 2013.
Cepat saja melangkah ke bulan Februari.
Anak bujang saya cukup 10 tahun hari ini.
Sehingga ke hari ini, sudah dua kali dia tiup lilin kek harijadinya.
Mungkin juga hari ini dia tiup lilin lagi semasa sambutan di sekolahnya.
Bukan agenda tiup lilin yang saya pentingkan.
Tetapi, mood ceria dan senyuman gembira
setiap kali kami nyanyikan lagu harijadi untuknya,
Alhamdulillah :)
Minggu lepas, saya dengar dia menyanyi perlahan di dalam kereta. "Happy Birthday to me...happy birthday to me.." Suaranya seakan berbisik-bisik tapi saya dengar. Jelas. Saya senyum dan pada masa yang sama, sebak.
Kakak kata, abang mengulang skrip dalam filem animasi Shrek. Tak kisahla, kebetulan memang sudah hampir harijadinya.
Kelmarin, semasa sesi makan beramai-ramai, saya tanya abang. "Abang berapa tahun?" "Sembilan tahun", dia jawab.
haha Kami ketawa. "Bukan..dah sepuluh tahun." "Se-pu-luh." Saya beritahunya perlahan. Dia ulang jawapan saya, "Sepuluh!" Kami ketawa lagi.
Syukur. Sudah 10 tahun.
Semoga terus sihat, happy dan terus maju lagi dan lagi. :)
Yang terbaik buatmu wahai anak, dunia dan akhirat. Amiin.






3 comments:
selamat hari lahir abil...tahniah buat mamanya...Alhamdulillah..moga semua sihat dan ceria sentiasa
Assalamualaikum Syida,
Allah Ya Rabb. Permudahkanlah urusan Nurhan Nabil dunia dan akhirat.
Allah Ya Rahman. Perelokanlah pekerti Nurhan Nabil dunia dan akhirat.
Allah Ya Rahim. Cergaskanlah fizikal, jasmani, mental dan rohani Nurhan Nabil.
Allah Ya Allah. Hidupkan nya dengan iman, matikan nya dengan iman, bangkitkan nya dengan iman.
Allah Ya Allah. Rahmatilah keluarga ini.
Selamat Hari Lahir Abil.
Salam,
acik zue
tk acik pujie dan acik zue.
Amiin atas segala Doa.
Rahmat Allah untuk anda berdua juga. Amiin :)
Post a Comment