Idea bidan terjun (episod 3)
Semalam, saya bagi abang latihan dot-to-dot. Latihan yang agak relaks untuk beliau ulangkaji nombor dan juga praktis fokus. Sebenarnya, printables untuk latihan sebegini, anda boleh google saja. Sangat banyak pilihan. Tapi, kerana saya tak sempat nak google dan print bagai, saya pun tulis tangan aje. Tak ada tema/gambar tertentu pun. Memang 100% idea bidan terjun.hehe
Mula-mula, dot-to-dot dari nombor 1 hingga 35. Ada beberapa kesalahan (tengok gambar di bawah). Breaktime 2 minit dan kemudian, saya panggil semula untuk latihan seterusnya.
Kali ini, dari nombor 1-40. Masih ada kesilapan. Ada fokus, tapi tidak 100%. Di peringkat awal, ok. Bila dah cecah ke nombor di hujung-hujung, agaknya abang nak cepat dan main cantum saja beberapa nombor (yang salah). Latihan diteruskan selepas 2 minit rehat.
Latihan ketiga, nombor 1-45. Kami guna kertas A4 jadi agak sukar nak tambah bilangan nombor. Nampaknya, lebih banyak kesalahan. Konsentrasi sudah mula hilangkah? Lepas ni, saya nak buat latihan ini pada kertas mahjung. Lebih besar dan boleh buat sehingga angka 100.
Anda boleh print saja latihan sebegini di sini ---> printactivities.com
Baru tiga latihan, belum cukup. Saya tambah lagi dengan latihan mewarna mengikut bentuk (shapes). Beliau sudah mahir dengan warna dan bentuk. Objektif saya sekadar melatihnya berdikari (buat latihan sendiri tanpa bimbingan) dan sekali lagi, fokus.
Baru tiga latihan, belum cukup. Saya tambah lagi dengan latihan mewarna mengikut bentuk (shapes). Beliau sudah mahir dengan warna dan bentuk. Objektif saya sekadar melatihnya berdikari (buat latihan sendiri tanpa bimbingan) dan sekali lagi, fokus.
Kemudian, sambung sedikit lagi dengan mewarna mengikut saiz dan bentuk (gambar di bawah). Untuk latihan terakhir ini, nampaknya abang dah mula hilang fokus. Bunga-bunga tantrum sudah kelihatan haha. Saya teruskan juga walaupun dia dah merengek-rengek hinggalah kerjanya selesai.
Adik setia duduk sebelah abang (gambar di atas). Nak tahu apa yang dia buat? Tengok gambar di bawah.












No comments:
Post a Comment