The Little Big Club
The Little Big Club (episod 2)
Ok. Final episode.
Kali ini, gambar-gambar kakak, adik dan abang bertiga-tiga sedang enjoy di TLBC.
Sampai hari ni, dorang sibuk tanya, "Bila nak pegi Little Big Club lagi ma?"
Tunggu mak menabung dulu ye anak-anak :)

The Little Big Club (episod 2)
Ok. Final episode.
Kali ini, gambar-gambar kakak, adik dan abang bertiga-tiga sedang enjoy di TLBC.
Sampai hari ni, dorang sibuk tanya, "Bila nak pegi Little Big Club lagi ma?"
Tunggu mak menabung dulu ye anak-anak :)

Sedang menonton show tapi semua tak fokus. haha
Main permainan arked. Mula-mula abang cuma berlegar-legar sambil tengok orang lain main.Nampak seperti 'tak berminat' (antara ciri individu autisme).Saya rasa dia bukan tidak berminat, tapi dia agak blur dan tak tahu nak mula dari mana.
So, saya tarik tangannya dan 'paksa' dia main. Mula-mula saya terpaksa pegang tangannya dan tunjukkan satu persatu cara bermain. Tak sampai 5 minit, dia sudah selesa main sendiri. Seronok tengok dia sakan main dengan adik, kakak dan ayahnya.
Beratur dan menunggu giliran. Bangga tengok abang yang sabar menunggu dengan adik dan kakak.Ia satu kemahiran yang perlu diasah bagi kanak-kanak autisme. Kekurangan kemahiran komunikasi dan verbal selalunya menjadikan mereka seorang yang tidak sabar dan kadangkala, agak impulsive.
Bagaimanapun, mereka boleh diajar dan dilatih. Saya bersyukur kemahiran ini sudah dikuasai oleh abang. Ia sangat memudahkan kami setiap kali outing /bercuti atau berada di tempat-tempat awam.

Slide! woohoo.
Mereka turun naik, non-stop. Tak reti penat.
Mereka turun naik, non-stop. Tak reti penat.
First round naik bumper car, adik jadi driver saya.
Second round, adik jadi driver ayahnya pulak.
Kakak dan adik naik windmill.
Ok. Ini budak muncung yang tak mahu balik. hehe






























2 comments:
salam..best nye bawak anak2 bermain,ini lah masa untuk beriadah dengan anak2 n en hubby kan..bukan senang nak dapat peluang mcam nih
salam airis aries,
Oh yes..betul tu! sesekali berjimba2 memang seronok :)
Post a Comment