Mar 20, 2013

Jom Naik Keretapi (episod 2)


Mengimbau semula kisah kami naik tren ERL (KLIA Transit) dan 'lawatan sambil belajar' ke KLIA cuti Disember lepas. 

Anak-anak memang suka naik public transport. Oleh kerana kami naik ERL dari Putrajaya Sentral, perjalanan ke KLIA sangat singkat, sekitar 10-15 minit saja. Memang anak-anak tak puas. Tak apalah ye, next time kita naik tren lagi, insyaAllah.



Yang paling teruja. 
Alhamdulillah, abang good boy sepanjang outing kami.




Sempat posing sebelum naik tren. 


Dari dalam tren.




Abang enjoy tengok luar.

Kakak dan adik, tak reti duduk diam. Mujur tak ramai orang.


Sampai airport, kami terus terjah playground di depan KFC.





Sakan mereka main bertiga-tiga.


Main lagi dan lagi.


Jalan-jalan di airport
Bergambar dengan ayahnya (nyorok kat belakang).


Bergambar dengan maknya pulak. hehe

Kebetulan, airport penuh dengan deko Krismas. Memang cantik.



Masuk kedai. Keluar kedai. Posing sana sini.


Kemudian, kami relaks di Balai Tinjau. 
Tengok aeroplane (kata abang).










Paling khusyuk tengok aeroplane.


Lebih kurang 2-3 jam juga kami di KLIA. Selepas lunch dan solat zuhur, kami naik tren ke Putrajaya Sentral semula dan balik. Hampir setiap kali ke KL, anak-anak sibuk nak naik tren. Nantilah ye, ada rezeki kita naik tren ke utara pulak, insyaAllah.

4 comments:

Shaza said...

gigih ko bawak budak2 naik tren ye... aku tak pernah pegi balai tinjau tu.. padahal selalu je pg klia.. tak tau pulak boleh lepak2 kat situ.. hehehe..

syida said...

bebudak ni syok sgt naik tren shaza..bila tgk dorang seronok, rasa macam dapat 'duit' haha. itu yg aku gigih2 kan juga..buleh je lepak kat balai tinjau tu :)

ibunurin said...

bawaklah naik ETS pegi ipoh... mesti anak-anak seronok.... Tapi, better bawak permainan sikit, takut diorang bosan sebab lama kan duduk dalam train...

syida said...

tu la..mmg berangan nak naik ETS ke Ipoh, tapi ayahnya belom cukup rajin nak bawak..haishh..maknya suka aje nak bawak anak2 jalan naik keretapi. InsyaAllah ada rezki nanti nak try juga ETS tu. thx ibunurin :)