Beberapa hari lepas, saya temankan adik buat homework-nya. Bila lihat dia menggunting, saya terkejut. Dia pegang bilah gunting secara terbalik dan menggunting ke arah badannya (arah bertentangan dari biasa).
Rupanya selama ini anak bujang kenit saya ni tak mahir menggunting. Saya pula lebih fokus pada abangnya, lebih banyak latih abang untuk menggunting, menulis dan sebagainya.
Sejak tahun lepas, waktu sibuk-sibuk bersiap sedia untuk ke tahun satu, saya sudah nampak 'kekurangan' adik dari segi kemahiran motor halus ni. Dia menulis agak lambat dan tulisannya pula masih belum stabil saiznya (besar-kecil berselang seli). Dari segi menggunting pula, saya tak begitu memerhati. Mungkin selama ini, waktu ber-kraf tangan, kakak dan abang yang lebih banyak menggunting.
Ok. Sambil saya berfikir-fikir macamana nak bantu adik, sambil saya google tentang bagaimana nak ajar anak-anak menggunting.
Jom baca lebih lanjut di sini, ada video sekali:
parents.com
about.com
about.com
Dipendekkan cerita, ini adalah beberapa tips melatih anak-anak menggunakan gunting:
- Mulakan dengan menggunting secara bebas (tanpa mengikut sebarang garisan/bentuk). Pilih objek yang mudah digunting untuk permulaan. Gunting playdoh, gunting straw, gunting surat khabar/majalah/kertas terbuang.
- Praktis menggerakkan bilah gunting (gunting 'angin'). Hanya sarungkan gunting ke jari anak-anak dan anda juga, kemudian gerakkan bilah-bilah gunting itu dengan bebas (tanpa perlu menggunting sebarang objek).
- Selain menggunting, lakukan juga aktiviti-aktiviti lain yang boleh menguatkan otot-otot jari anak seperti bermain finger puppet, menggunakan sepit makanan (tongs) /sepit baju/chopstick, mengutip dan memegang objek-objek kecil seperti duit syiling/penutup botol dan manik. Baca lebih lanjut di SINI.
- Pastikan anda memberi anak-anak gunting yang sesuai untuk kanak-kanak. Yang kidal, usahakan mencari gunting khusus untuk mereka. Ajar juga tentang fungsi gunting dan cara-cara memegang dan membawa gunting dengan selamat. Oh ya, awasi anak-anak ketika menggunting sepanjang masa (jangan leka).
Selepas ditunjukkan teknik menggunting yang betul, nampaknya adik sudah ada improvement. Bagi saya, menggunting adalah satu kemahiran yang 'mahal'. Anda juga harus berani dan memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar menggunting. Lebih banyak peluang dan latihan diberikan, insyaAllah lebih cepat pandai.
.jpg)
.jpg)

2 comments:
Abdullah (anak yg ke-2) adalah kidal, tapi saya tak tahu pula ada gunting utk org kidal...huwaaa.. jd guna sahaja gunting biasa....huhu
Aishah, dengarnya ada gunting utk yg kidal tp susah nak cari. akak x pernah mencari/jumpa sbb anak2 semua tak kidal. adik lelaki & mak akak pun kidal tp dorang pun pakai gunting biasa..kt msia ni rasanya tak meluas lagi alat2 untuk yg kidal..
Post a Comment