Ok. satu lagi ciri individu Autisme: Tidak bermain dengan orang lain
(dari kalendar usahasama Guardian(M) dan Nasom)
(dari kalendar usahasama Guardian(M) dan Nasom)
Antara cabaran utama mereka (individu autisme); bersosial dan berkomunikasi.
Jadi, mereka biasanya suka menyendiri dan tidak bermain dengan orang lain.
Jadi, mereka biasanya suka menyendiri dan tidak bermain dengan orang lain.
Dalam sesetengah kes, mereka mungkin 'ingin' bergaul, tetapi tak tahu bagaimana untuk bermula. Oleh itu, kalau anda berada hampir dengan mana2 individu autisme (kanak-kanak atau dewasa), anda harus mengambil inisiatif untuk memulakannya dahulu. Mereka mungkin nampak malu/segan atau sombong, hakikatnya tidak. Apa pun, jangan terlalu memaksa mereka. FYI, untuk mereka berada di dalam kelompok kawan-kawan atau orang ramai saja sebenarnya adalah satu progress.
oh ya, ada juga individu autisme yang friendly. Tetapi, cara mereka berkomunikasi dan bergaul selalunya agak 'luar biasa' dan janggal. Ingat, individu autisme sangat 'lurus'. Mereka tidak boleh/sukar memahami body language dan bahasa berkias.
Si abang? Dia memang tak begitu 'sosial'. Tapi dia tiada masalah untuk beraktiviti di dalam kumpulan. Bagaimanapun, biasanya dia perlu dibantu (walaupun sekadar dari jauh). Apa yang saya perhatikan, mood sosial beliau bergantung kepada 'aura' orang-orang di sekelilingnya. Kalau dia merasa selesa, dia boleh saja bermain dan berkomunikasi bersama (mengikut caranya yang tersendiri). Jika tidak, dia hanya akan duduk diam dan menyendiri. Dengan kakak dan adik pun begitu,abang biasanya akan menunggu inisiatif kakak dan adik sebelum melakukan sesuatu bersama-sama.
Walaupun abang agak 'lambat' dalam aspek komunikasi dan sosial, dia sebenarnya seorang yang easy going dan selalu happy.
Walaupun abang agak 'lambat' dalam aspek komunikasi dan sosial, dia sebenarnya seorang yang easy going dan selalu happy.
Bergayut: aktiviti kegemaran abang
Bagi kami, everyday is Autism Awareness Day.


.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment