Apr 11, 2013

Hadiah hari Rabu



Semalam, masuk saja ke dalam kereta, inilah hadiah yang abang hulurkan pada saya. Kertas nama itu elok bertampal di dada T-shirt pengakapnya. Saya tergamam sekejap. Hadiah? Menang apa?

Oleh kerana saya sedang memandu dan sekadar mengambil abang di pintu pagar sekolah, saya hanya sempat bertanya dengan cik PPM (pembantu pengurusan murid) yang menghantar abang ke kereta.

"Hadiah apa tu?"
"Hadiah kuiz kak..." kata cik PPM sambil tersenyum.
Saya pun sama senyum meleret dan terus memandu sebaik saja abang melangkah masuk.

"Abang menang hadiah ye? Menang kuiz ye?" sambil saya menjeling pada kotak hadiahnya. Ada kertas bernombor 2. Mungkin menang tempat kedua ni (bercakap dalam hati).
Beliau hanya menyengih. Seperti biasa, tak ada jawapan. Sengih je. 

"Abang menang kuiz apa?" Saya teruskan bertanya. As expected, sengih lagi. hehe

Takpe, esok boleh tanya pada cikgunya.

Di rumah, adik yang sibuk buka hadiah abang. Bila kakak balik dari sekolah, adik sibuk bercerita dengan kakak. Semua tumpang suka sambil tepuk-tepuk bahu abang. "Menang kuiz apa?" Masing-masing tertanya-tanya.

Pagi ini, oleh kerana saya hanya drop-kan saja abang di pintu pagar sekolah, saya tanya pada cikgunya melalui sms. Kisahnya, beliau menang kuiz Bahasa Melayu. Ada empat kumpulan semuanya. Kumpulan abang menang tempat kedua. "Dia ada jawab soalan ke?" soal saya pada cikgu (dengan penuh musykil). "Ada juga. Dia tulis jawapan atas kertas." jawapan yang cukup menyenangkan hati dan buat saya tersenyum lebar sepanjang hari. Alhamdulillah. Saya sempat minta cikgu buat kuiz selalu. hehe

Kemenangan abang ni hanyalah pada pertandingan berskala kecil, bertanding sesama kawan-kawan Pendidikan Khas. Tapi, pada saya, ia sangat bagus dan boleh dijadikan pemangkin untuk beliau terus melibatkan diri dan berinteraksi dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu di sekolah.

Abang langsung tak pedulikan hadiahnya. Bila ditanya, dia cuma senyum sengih je. Senyum sengih yang penuh MAKNA. 



dari twitter



dari facebook

2 comments:

Shaza said...

tahniah abil... mesti maknye jugak hati berbunga2 sepanjang hari... :D

syida said...

tq shaza, dlm hatiku ada bunga rafflesia.haha