
Kami ke Megakidz Funland & Edutainment, Mid Valley
lebih kurang 2 minggu lepas.
M (kakak kenit baju merah yang comel dalam gambar) dan mamanya follow sekali.
M (kakak kenit baju merah yang comel dalam gambar) dan mamanya follow sekali.
Kami sampai. Bayar di entrance.
Kemudian, setiap anak-anak yang masuk diberi stiker nama.
Kemudian, setiap anak-anak yang masuk diberi stiker nama.

Ibu bapa/penjaga pula (maks. dua orang setiap kanak-kanak) masuk percuma dan diberi 'gelang kertas' yang cantik. (abaikan model di belakang tu ye. hehe).Anak-anak yang masuk pun kena pakai gelang juga.
dan pakai sepanjang masa berada di dalam kawasan bermain.
Peraturan yang sama macam di Kizsports & Gym.
Play area yang agak luas dan cantik.
Paling penting, ada slide! hehe
Yang ini, slide setinggi lebih kurang bangunan 3-4 tingkat. Fuhh..
Abang memang suka sangat.
"Oh! peningggnyaa..."
hehe
Ada bouncing inflatable juga untuk sesi melompat sakan.Yang peliknya, sebaik sampai, bila disuruh melompat, abang duduk diam saja. Tak macam biasa.
Akhirnya, saya ajak semua anak-anak makan dulu di kafetaria Megakidz.Ya, ada kafe. Tapi hanya jual light meal & snacks saja.Oh ya, tandas juga ada di sini.
Selepas beberapa dos mash potato, fries dan nuggets, mereka main semula.Baru nampak abang cergas dan melompat macam biasa.Kena 'isi minyak' dulu rupanya.
M yang 'malu-malu kucing' nak join kakak melompat.Dia teruja tengok kakak, tapi sekadar melompat di lantai. haha Ada tempat mainan khusus untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah tapi hanya lebih kurang 5-10% dari keluasan seluruh kawasan Megakidz.
Berlari, melompat, memanjat, merangkak, melungsur.
Pakej lengkap senaman otak. hehe
Anak-anak sakan bermain selama lebih kurang 2 jam. Berpeluh-peluh.
Oh ya, ini info harga semasa sesi lawatan kami (di bawah).
Untuk info lanjut, boleh jenguk di fb Megakidz Funland & Edutainment.
Sebelum balik, kami singgah Daiso. hehe
So, berapa bintang untuk Megakidz Funland?
Saya bagi 3/5.
Saya bagi 3/5.


















No comments:
Post a Comment