Jul 16, 2013

Masih mencari Betty


Hari-hari awal kami jaga Betty, saya tanya pada abang. Ni siapa? "Cat." pendek jawapannya.  Saya beritahu, "Ya, betul cat. Tapi nama cat ni Betty."

"Siapa ni?" saya tanya lagi. "Betty." sedap betul dia menyebut, ada slang mat Salleh di situ. hehe

Bila tengok gambar-gambar di bawah, saya rasa kosong. Dah 14 hari Betty 'pergi'.

"Betty pergi macam tu aje..." bisik kakak pada saya kelmarin. Saya diam. Tak tahu dan tak mampu nak cakap apa-apa.

"Kita doa ajelah.." jawab saya. Sedih.

Terbayang-bayang kelibat Betty di tempat-tempat yang dia biasa melepak.  Terdengar-dengar suara dia mengiau lembut. Terasa-rasa tubuh comel gebus yang sakan kami peluk setiap hari, berkali-kali.

Tak dapat saya bayangkan mereka yang kehilangan ibu ayah, adik beradik, suami/isteri, anak-anak, atuk/nenek. Sedihnya ya Allah.

Bila Betty hilang, rasa sedihnya hampir sama macam kehilangan orang tersayang.

Dalam setiap kes kucing hilang, ada yang selamat pulang, ada yang terus hilang. Yang selamat pulang, ada yang sihat, ada yang sakit. Sekurang-kurangnya mereka selamat. Ada yang pulang cepat, ada yang lambat (yang saya dengar, ada yang balik selepas dua tahun).

Yang terus hilang? Hidup? Matikah? wallahualam.

Fikir positif. Sabar. Doa.
Ini sajalah pilihan yang kami ada.









2 comments:

BudakLelaki said...

dah jumpa ke betty??
saya punya kucing baru jerh pass away 12:54 tghhari tadi 2 nov 2013....tiga tahun jaga....dulu gemuk bukan main....risau ada penyakit ke kucing....last sekali masa mati tadi...tinggal tulang dan kulit jerh..Allah tarik yg satu...Allah akan ganti pulak dengan yg lain...kena redhalah...sangat rindu...

syida said...

dah setahun dah Betty hilang :(
Ya Ana, saya redha..dan kami masih sangat sangat RINDU kt dia *nanges*