Jul 11, 2013

Oh My Ramadhan

imej google

Ramadhan. Dah pun masuk hari kedua. Amacam? 

Hari pertama. Versi 1434H.
Alhamdulillah, lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Tahun ini, abang dan adik berjaya berpuasa penuh pada hari pertama berpuasa.
Sukses! 

"Adik nak puasa 30 hari."
Itu skripnya sebelum Ramadhan bermula.
"Cepat la habis Ramadhan...lamanya lagi. Baru 1 hari..."
Skrip adik selepas sahur (dalam perjalanan ke sekolah) pagi tadi.
hahahahaha

Abang?
Nampaknya dia sudah lebih faham erti berpuasa tahun ini.
"Esok abang puasa tau.." malam sebelum 1 Ramadhan.
"Pu-a-sa." saya sebut perlahan-lahan (sambil memandang muka abang).
"Kuasa!" jerita beliau.Tu dia..hahaha
Kuasa pun, kuasalah! 

"Puasa tak boleh makan minum waktu siang tau. NO makan, No minum" saya cuba terangkan. Diam. Begitulah reaksi biasanya. Saya tahu dia sedang digest info, mungkin juga sedang cuba flashback pengalaman puasa tahun-tahun lalu. Mungkin.

"Macamana ni, nak puasakan penuh (hingga maghrib ke)?" saya tanya encik suami selepas sahur semalam. Suami saya diam sekejap (berfikir). "Ya."

Saya pulak yang 'seriau'.
Boleh ke? Boleh ke? saya berbisik dalam hati.
Risau. Berdebar. Bagi pihak abang. Saya tak risau tentang adik. 
Kakak pula dah masuk kategori berpuasa orang dewasa.

FYI, melatih anak autisme berpuasa bukan senang.Menerangkan tentang amalan berpuasa kepada anak tipikal (bukan autisme) tidak sesukar anak autisme.

Tahun-tahun lalu, saya latih abang dan adik berpuasa secara berperingkat. Masih tak begitu faham tentang puasa, tapi mereka tahu mereka tak boleh  makan dan minum selama beberapa jam setiap hari.

Contoh, puasa sehingga jam 11 pada hari pertama. Berbuka jam 2 pada hari kedua dan ketiga. Seterusnya, sehingga jam 4 atau 5 petang pada hari keempat, kelima dan keenam. Akhirnya, berpuasa penuh pada hari ketujuh dan seterusnya. Proses ini berjalan selama beberapa tahun. (Untuk abang, saya mulakan sejak umurnya 7 tahun. Sekarang, umurnya 10 tahun).

Ini cara saya. Ikut logik dan berdasarkan kemampuan anak-anak saya.

Hari pertama dah pun berlalu semalam.Saya tahu abang lebih faham tahun ini. Bagaimana saya tahu?Bila dia mula merengek (kemungkinan sebab lapar dan haus), kami suruh tunggu. Dia tenang semula sebelum merengek lagi dan lagi. Sabarkan ajelah. hehe

Berbeza kali ini, dia tidak berusaha mencari makanan di dalam rumah selain satu insiden dimana dia terjumpa biskut (yang berbalut di dalam plastik) di dalam bilik sekitar jam 10-11pagi.

Oleh kerana dia tak pandai buka pek biskut itu, hajatnya nak 'berbuka' tak kesampaian. Dia minta kami bukakan. Of course-lah tak boleh! hehe

Kesian juga tengok dia terbaring letih. Diam dan sesekali merengek. Tak macam adik, BANYAK betul soalan dan mengeluh. haha

"Ma, perut adik ni rasa lapar la."
"Ma, berapa lama lagi baru boleh makan?"
"Ma, adik nak jeli sirap buka nanti."
"Ma, pukul berapa dah ni? lama lagi ke?"

Setiap kali dia mengeluh, sesekali kakak jadi tukang pujuk. Sempat juga kakak kongsi cerita bagaimana dia berpuasa dulu-dulu.

Paling saya suka, skrip ini--> "Takpe abang, adik pun tengah tahan ni." adik pujuk abangnya.

Ya, semua orang sedang tahan, lapar dan haus. Semua orang yang berpuasa 'rasa' yang sama. Itulah yang saya beritahu adik setiap kali dia mengeluh.

"Kejap je dik. Minggu pertama je terasa lambat. Nanti tau-tau dah nak raya."


Abang pula, malam tadi dia demam, batuk dan selsema. Hari ini, saya 'cutikan' dia berpuasa.

"Hari ni abang tak puasa sebab demam. Esok puasa tau.." Saya beritahu beliau sambil menyuapnya makan pagi tadi. Harap dia faham, insyaAllah.

Semoga anak-anak kita diberi kekuatan, kesabaran, kesihatan dan semangat untuk terus berpuasa sehingga penghujung Ramadhan.


Oh ya, jangan lupa bagitau anak-anak,
 SOLAT jangan tinggal tau :)


"Selain beri ganjaran anak berjaya sempurnakan puasa, lakukan yang sama untuk solat. Puji, iktiraf. Agar nikmat solat tidak kalah dengan puasa." 
dari twitter @saifulislam.



3 comments:

Shaza said...

Tahniah Abil & Zarif.. Aqeelah pun berjaya puasa penuh semalam... tp kena sogok dgn mcm2 la... bawak pegi pasar ramadhan, tak tau nak makan apa... last2 mintak bihun sup & air tembikai je..

shogun_na said...

Hahahaha....KUASA...sebijik macam Ammar....ammar pn sebut Kuasa... Pusing jd kusing...mama nye sabar banyak nak tggu gigi depan tumbuh...

Ammar pun puasa...energetic semacam....hahaha...tp kata teacher, umur 6thn puasa.

syida said...

shaza--> tq aunty..tapi banyak lagi nak hadap ni, lagi lebih kurang 27 hari. baru dua hari sukses..

ina--> haha ammar pun geng'kuasa' ye? ;p ammar puasa yang yuk eh? hehe