Nov 23, 2013

Dah seminggu cuti

Cabaran paling utama semasa cuti ialah menyediakan aktiviti untuk anak-anak.  "Boring la ma..."

Kalau abang pun boleh bercakap sebagaimana kakak dan adik, confirm keluar skrip yang sama. Ok. Saya beli scratch paper dari kedai kegemaran saya, Mr DIY




Berbalik kisah scratch paper, sebelum ni pernah juga beli. Tapi versi lain sikit.
Baca kat --->SINI.



Sebungkus harganya RM2.90 (kalau tak silap saya).
Ada 4 keping scratch paper dalam setiap paket dan sebatang kayu (ala-ala pensel untuk menggores).



Bab kreativiti bukan 'makanan' abang.
Melukis hanya apabila dipaksa. Juga perlu dibantu untuk berfikir apa yang patut dilukis.
Hasilnya seperti di atas. Lukisan yang agak 'tipikal'.
Rumah. Kereta. Awan. Matahari. Pokok. Bunga. Orang lidi.
Hmm, not bad.

Saya puji abang kerana bekerjasama dengan baik.
Sebetulnya, saya sendiri tak mampu nak menggores sebab rasa ngilu yang teramat.
Masalah sensori-kah? hehe



Kakak punya :)


Lukisan comel si adik


Disuruh melukis sendiri, dia perlu dibantu.
Kemudian, saya sengaja minta dia meniru gambar dari buku.


Hasilnya. Boleh tahan :)

Selepas disuruh meniru gambar dari buku, abang dah mula stres. Makanya, saya izinkan beliau berhenti dulu sementara kakak dan adik terus melukis sesuka hati.



3 comments:

Amri dan Aishah said...

bukan tahap 'boleh tahan' lukisan abil tu, perfect tu...macam mamanya yg lukis pl.. ada bakat yg terpendam..Barakallahu fiikum

syida said...

Alhamdulillah..kalau 'dipaksa' melukis mmg Abil boleh. Tapi tak spt sesetgh anak autisme yg mmg naturally suka & berbakat melukis, Abil setakat ni nampaknya kurang berminat.

Cuma, kalau diasah & diberi pendedahan, mungkin ada potensi di situ (wallahualam) :)

kent said...

Dah excelent la tu syahida, slalu mereka x blh bertahan lama dlm buat sesuatu. anak saya x pandai melukis dan x berminat. saya cuba mencari kelebihannya sejak disahkan ADHD tp masih belum pasti cuma dia minat berckp pelbagai bahasa. Dia kata nak jadi Cake boss tp tunggu 18 thn nnt. kelakarpun ada sbb dia nak blajar buat kek kat MSU, saya kata mcm mn klau periksapun fail. Dia kata nanti la, x tahu apa dlm fikiran dia.