Jun 10, 2014

Sentosa Villa

Kami check in di sini sekitar Mac yang lepas, selepas ke Zoo Taiping. Yang sebenarnya, saya mula berangan-angan untuk ke sini saya sejak saya tahu mengenainya dari Instagram seorang selebriti tv3. hehe Apalagi, mula la masukkan dalam wishlist dan akhirnya berpeluang juga ke sini. Alhamdulillah, rezeki.

Kalau tengok dari gambar-gambar di google, memang nampak macam 'gah' villa ni. Realitinya, agak 'biasa-biasa' aje.

Lokasinya pun di celah-celah taman perumahan. Bagaimanapun, bila dah masuk kawasan villa, terus hilang suasana taman perumahan tadi. Mode Sentosa Villa terus 'on'. hehe

Yang saya suka tentang villa ni ialah persekitarannya yang agak fresh dan semulajadi. Banyak pokok-pokok di sana sini. Ada itik, arnab, ayam, angsa dan kolam ikan.

Jumlah bangunan untuk penginapan pun tak banyak. Jadi, kawasan villa ini sebenarnya sederhana saja. Tidaklah sebesar mana.

Oh ya, ada anak sungai. Di sini juga suasana agak sejuk dan nyaman.  Mungkin sebab lokasinya yang dekat dengan Bukit Maxwell.

Kalau datang untuk berehat-rehat, memang sesuai. Kalau datang untuk mandi sungai, boleh juga tapi saiz sungainya agak 'mini' dan kurang ummph (pendapat peribadi saya saja).

Secara keseluruhannya, saya puas hati dengan kualiti bilik kami (Family Classic) .
Pilihan dan kualiti sarapan juga agak memuaskan.

Bilik: 8/10
Sarapan: 6/10
Staf & servis: 8/10 














Kali pertama abang main dart















Inilah sungai 'mini' yang saya sebutkan awal-awal tadi. Tak boleh nak mandi-manda sangat pun, setakat main celup-celup badan dalam air boleh la. hehe Apa pun, abang memang tak heran dengan air sungai,  dia cuma minat kutip batu dan baling. Kutip batu-baling. Kutip batu-baling. Berkali-kali. Sabo jelah.






2hari 1malam kami di sini.
Cukuplah kot. 
Selepas ke Zoo dan Taman Tasik Taiping, rasanya macam dah 'khatam' bandar Taiping. huhu

imej google. I Like


No comments: