Beberapa hari yang lepas, kami sekeluarga makan pulut kuning. Bukan saya yang masak, tapi air tangan pak mertua & mak mertua. Sedap, alhamdulillah.
Yang sedikit 'luar biasa' kali ini ialah, abang pun sama-sama makan. His first taste of pulut kuning. Sebelum ni, kalau kami makan pulut kuning ramai-ramai, dia seorang je tak nak makan. Puas saya suap, tak nak juga. So, kalau masak pulut kuning di rumah, memang kena masak nasi dan lauk lain untuk abang.
Kali ni, disebabkan saya tak berapa nak rajin memasak menu lain untuk abang, saya pun tawakal ajelah cuba untuk suap beliau makan pulut kuning. Dia 'ngap' tanpa banyak soal. Fuhh..lega mak.
(untuk resepi pulut kuning, sila ke SINI)
Kalau anda nak tahu, antara sebab abang tak suka/tak nak makan pulut kuning kerana masalah sensori. Mulut dan lidahnya tak boleh tolerate dengan makanan yang bertekstur lembut dan melekat-lekat seperti bubur, yoghurt, puding, termasuklah pulut.
Untuk pengetahuan anda, lain individu, lain masalah sensorinya. Contohnya, abang mungkin kurang gemar makanan seperti di atas, tapi individu autisme lain pula mungkin sukakan bubur tapi tak suka/tak boleh bertoleransi dengan makanan-makanan yang keras dan rangup. Ada pula yang sukakan makanan yang pedas-pedas dan berempah serta tak suka makanan yang agak tawar/tak begitu berperisa, ada pula yang sebaliknya.
Ini baru cerita tentang sensori merasa (organ yang terlibat; lidah dan mulut). Kita ada beberapa lagi organ sensori iaitu antaranya mata, telinga, kulit dan hidung. Bagi individu autisme/masalah pembelajaran lain, hampir setiap organ ada 'isu'-nya sendiri.
Anyway, nampaknya abang dah boleh 'menerima' tekstur dan rasa pulut kuning. Mungkin juga faktor ayam rendang (dia suka makan ayam) membantu membuka seleranya.

Abang makan tak berapa banyak. Cukuplah untuk alas perut. Mungkin sebab baru 'kenal' pulut kuning. hehe

No comments:
Post a Comment