Beliau dah ada asas membaca, mengira dan menulis. Asas yang baik, cuma perlu selalu di-polish untuk terus maju dan maju. Masalahnya, usaha maknya ni bermusim.
Anak-anak tipikal yang tiada masalah pembelajaran, boleh dilepaskan belajar sendiri dan hanya perlukan pemantauan minima saja. Belajar dengan cikgu di sekolah sudah memadai dan mereka boleh berdikari membuat latihan sendiri dan belajar dengan cepat, insyaAllah.
Anak-anak tipikal yang tiada masalah pembelajaran, boleh dilepaskan belajar sendiri dan hanya perlukan pemantauan minima saja. Belajar dengan cikgu di sekolah sudah memadai dan mereka boleh berdikari membuat latihan sendiri dan belajar dengan cepat, insyaAllah.
Anak autisme seperti abang, perlukan kaedah pembelajaran yang unik dan sistematik. Sebaiknya, cara mereka belajar banyak menggunakan alat-alat bantu mengajar (ABM). Kalau dapat peralatan yang ala-ala kaedah montessori tu, memang terbaikkk.
Apa pun, tak ada rotan, akar pun berguna. So, saya gunakan saja apa yang ada dan mana yang sempat untuk sesi belajar kami.
Ok. Belajar nombor. Abang ada asas pengiraan tambah, tapi masih seorang 'beginner'. Dia kenal nombor 1-100, tak ada masalah insyaAllah. Cuma, bila disuruh sebut nombor satu persatu (mengira), masih belum cekap. Kalau membaca dan menulis nombor, sangat ok.
Anyway, saya sekarang mahu dia teruskan dengan nombor-nombor tiga digit. Kalau boleh, tahun ini, saya mahu dia kenal nombor 1-1000.
Oleh kerana beliau suka painting, saya beri latihan painting sambil mengira. Senang je ni. Dia boleh buat sendiri.
Kadang-kadang, saya suruh dia matching warna dengan nombor. Dia senang keliru. So, saya saja uji dia dengan nombor-nombor yang dihujungnya mempunyai angka yang sama.
Kadang-kadang, saya bagi dia latihan simple macam ni saja. Dia suka guna krayon, warnanya terang. Buat masa sekarang, dia masih belajar mengenal 100-300. Macam saya katakan tadi, latihan bertulis dan membaca nombor, dia ok. Lulus. Tapi kalau disuruh sebut nombor secara lisan, masih belum cekap.
It's ok.
Kita belajar lagi dan lagi.




No comments:
Post a Comment