Semalam, saya layan adik main Bingo.
"Sekarang pukul berapa ma?"
"Lama lagi ke ma?"
"Berapa jam lagi boleh makan ma?"
"Boringgg la ma. Adik nak buat apa ma?"
Boleh
Saya tuliskan nombor-nombor (1-25) dalam kotak (seperti gambar di atas). Kemudian, saya terangkan cara bermain. Kami gilir-gilir sebut nombor sehinggalah kesemua huruf-huruf B.I.N.G.O berjaya dipangkah setiap kali kesemua nombor pada satu garisan lurus (melintang, kebawah, ke atas, serong) habis disebut (dipangkah).
Korang pun sure pernah/selalu main kan?
Hilanglah sekejap rasa bosan tu. Tapi lain plak ceritanya bila main Bingo dengan adik ni, asal kalah je, dia sedih. Bila saya dah leading, dia dah mula meleleh air mata. Emosi la pula.
Nak tak nak, terpaksalah saya bagi dia menang (kalau jadi champion bukan dapat hadiah pun haha). Tak apalah kan, kasik semangat sket kat dia.
Bila dah main, tak nak berhenti la pulak. Maknya dah sakit belakang sebab duduk lama-lama. haha
Kena cari idea lagi untuk aktiviti sementara menunggu waktu berbuka. Ada juga saya terfikir nak buat aktiviti kraf . Mesti best kan? Tapi masing-masing masih mode 'lemau' waktu berpuasa. So, saya tangguhkan dulu plan untuk buat kraf.



No comments:
Post a Comment