Jul 3, 2014

Jeli sirap

imej google

Ramadhan. Day 5.
Abang sudah mula request jeli sirap kegemarannya. 

"Nak jeli. Nak jeli!"

Semalam juga, Abang dah mula buat 'saie' dalam rumah selepas Asar.
Ulang alik dari dapur ke ruang tamu.
Dapur ke ruang tv.
Dapur ke bilik.
Ke depan, ke belakang.
Berkali-kali.
hahaha

Dua hari pertama berpuasa, cuaca redup-redup saja di tempat saya. Masuk hari ketiga dan keempat, cuaca makin panas. Cabaran berpuasa makin terasa. Kesian anak-anak. Tapi kena puasa juga kan?


Oh ya, kalau nak resepi pelbagai jenis agar-agar & puding,

Klik sini ---> ANEKA RESEPI PUDING

Untuk abang, dia hanya mahu jeli sirap. Next choice, mungkin jeli milo. Lain-lain agar-agar/puding yang fancy mancy, dia tak layan.  Abang suka sebut jeli. Kalau sebut agar-agar, dia tak layan. hehe

24 more days to go.





dari google



No comments: