"Dah habis 21hari kita puasa?" kata adik.
"Iyer..dah masuk hari ke 22, minggu last kita berpuasa insyaAllah. Minggu last adik pergi sekolah sebelum cuti raya..."

"Yeayy! cepatnya..."
Inilah budaknya yang sering merungut di hari-hari awal berpuasa, betapa lambatnya masa berjalan. "Lamanya lagi nak puasa..."dia mengeluh setiap kali tengok carta Ramadhannya di dinding. Saban hari, abang dan adik menanda sendiri di checklist. Sumber motivasi. Selepas tiga helaian selesai di'tanda', perasaan 'lemau' (pada minggu-minggu awal Ramadhan) beransur-ansur hilang.
Menyemai perasaan cintakan Ramadhan bukan proses singkat. Saya faham perasaan anak-anak. Ibadah puasa adalah satu cabaran yang bukan sedikit. Yang dewasa dan 'gagah perkasa' pun ramai yang tewas, alhamdulillah anak-anak diberi kekuatan dan kesihatan setakat ini. Walaupun mengeluh, tapi tak pernah pula dia minta 'ponteng' atau cuti puasa sesuka hati.
Sedangkan saya kecik-kecik dulu pun, ada juga 'curi-curi' minum air dari water cooler di sekolah, kemudian sambung 'berpuasa' di rumah. hehe (pecah rahsia) Adatlah tu kalau mereka rasa 'berat' berpuasa. Penghayatan dan rasa seronok berpuasa akan 'lahir' juga dalam hati mereka, when the time comes, insyaAllah.

imej google
Lagu raya dan bunyi mercun sudah kedengaran seawal minggu pertama berpuasa.
Sabar, belum Syawal lagi.

2 comments:
Karenah anak2 berpuasa memang menggelikan hati kan kak..:-)...wa pun pernah minum air sungai masa kecik2 dulu...
minum air sungai? hahaha mmg lawak kalo diingat2 balik time kita posa kecik2 dulu ;p
Post a Comment