dari google
Pagi tadi, sebaik saja saya dan abang tiba di sekolah, saya nampak dua tiga orang kawan-kawannya dari kelas pendidikan khas. Kebetulan, mereka sedang menuju ke bilik sukan (saya agak mungkin mereka nak ambil peralatan sukan untuk kelas pendidikan jasmani mereka pagi ni). Bilik sukan pula memang terletak di tengah-tengah laluan ke kelas abang. Sebaik saja mereka nampak abang sampai dan masuk ke kawasan sekolah,
"NXXXX...NXXX!" salah seorang menjerit nama abang sambil mereka menuju ke arah beliau dan terus pimpin tangannya.
"NXXXX...NXXX!" salah seorang menjerit nama abang sambil mereka menuju ke arah beliau dan terus pimpin tangannya.
"Kita hantar pergi kelas dulu..." beritahu seorang lagi.
Saya berdiri sambil memerhatikan mereka, selang lebih kurang 10 langkah dari mereka. Abang pulak, senyum sengih memanjang. Suka la tu, kena 'pampered' dengan kawan-kawan. Bukan dia tak tahu menuju ke kelas sendiri, tapi saya selalu diberitahu oleh cikgunya, kawan-kawannya memang sangat protective dengan abang, sangat boleh diharap untuk 'menjaga' abang sewaktu di sekolah. FIY, kawan-kawan beliau kebanyakannya adalah slow learner. Mereka tiada masalah komunikasi dan boleh berinteraksi secara verbal dengan baik.
Macam tulah si abang, senyummmmm je bila disapa kawan-kawan. Senyummm bila dipimpin dan berjalan dengan kawan-kawan. Senyummm penuh makna. Senyum seorang kanak-kanak autisme yang sangat gembira kerana ada kawan-kawan yang menghargainya, ada yang sudi untuk berbual dan menegurnya sekalipun dia tak pandai membalas dengan kata-kata. Cukuplah dengan senyum :)
Saya. yang. memerhati. pun. SENYUM. Alhamdulillah


No comments:
Post a Comment