Aug 17, 2014

Langkawi Raya ( episod 2)




Kami pernah ke sini sekitar 5-6 tahun yang lepas.  Entrance-nya masih sama. Waktu first visit dulu, anak-anak saya kecik lagi, tengah lasak. Saya pun tak fokus sangat pada binatang-binatang yang ada, dok busy kejar anak-anak.

Kali ini, memang kami betul-betul enjoy lawatan ke sini. Kalau anda ke sini, selepas membeli tiket, di pintu masuk, anda akan disapa untuk membeli makanan burung. So, bila masuk ke dalam Park ini, memberi makan burung-burung dan haiwan-haiwan lain (yang berkenaan) menjadi tugas hakiki anda.

Kebanyakan burung yang ada di sini, memang jinak dan....lapar! Mungkin sebab kami antara pelawat yang datang sebaik saja Park ini dibuka. Kalau datang dah petang-petang sikit, mungkin situasinya berbeza.



Burung Flamingo. 
Berebut-rebut mereka makan dari tangan saya 
(yess, mak yang over haha).
Bila paruh mereka menyentuh tapak tangan saya, 
tak sakit pun tapi...geliiiiii! haha


Anak-anak pun tak lepaskan peluang 
untuk bagi makan pada haiwan-haiwan.
Tengok tu, adik bagi makan pada racoon.





Abang pulak, bila disuruh bagi makan, dia yang paling takut!haha.
Akhirnya, bila sampai ke tempat kancil, dia memberanikan diri.
Itu pun sebab kancil tu makan carrot, tak sentuh tapak tangan.
Bila kancil dah gigit carrot tu, cepat-cepat dia lepaskan tangannya. 



Burung unta ialah haiwan yang paling happening dan paling LAPAR di sini haha.
Bergilir-gilir kami bagi makan, berebut-rebut mereka datang dekat. Seronok!




Sempat juga kami ambil gambar family di sini (bawah).
Tengok betapa perfect-nya si abang memberikan pose dan eye contact!



A very pleasant and enjoyable visit.


Langkawi Raya (episod 1)? Klik SINI.

2 comments:

FrauMustaffa said...

gambar yang last tu wajib framekan...sangat priceless pose Abil dalam gmbr tu :)

syahida said...

kann? lawo bebeno posing-nya, sekali dalam seribu snap tu haha