Sep 27, 2014

Kaji Selidik


Pagi ini, saya dan suami masing-masing diminta mengisi borang kaji selidik, berkaitan autisme. Secara spesifik, kaji selidik ni bertujuan untuk melihat sejauh mana kesan autisme ke atas hubungan dan sikap adik beradik (terhadap anak autisme itu sendiri).

Soalan-soalannya biasa saja, mudah difahami, 15 minit dah siap diisi. hehe

Bagus juga kena kaji dan selidik ni, secara tak langsung, dapat menilai sejauh mana hubungan kami sefamili, khususnya anak-anak, 'terkesan' dengan autisme.

Secara keseluruhannya, semua ok.

Of course masih ada aspek-aspek yang boleh diperbaiki. Sesekali, mereka marah, merungut dan bergaduh juga. Malu untuk bersama/dilihat bersama abang di khalayak ramai? Pernah juga, terutamanya bila si abang 'mengamuk' atau 'buat perangai' kerana stres di kawasan umum. Sebagai manusia biasa, saya rasa ini normal.  

Saya sendiri kadang-kadang rasa buntu dan 'macam nak lari sembunyikan diri' bila berdepan dengan situasi-situasi yang kurang best bersama abang. Bagaimanapun, itu cuma perasaan-perasaan 'halus' (hasutan syaiton. hehe). Setakat ini, kami masih mampu dan berusaha sedaya upaya untuk bertahan dan menerima seadanya.  Kena ingat Allah selalu.(peringatan untuk diri sendiri).

Hidup dengan Autisme adalah satu cabaran, dan pada masa yang sama, satu Anugerah.

Semuanya bergantung kepada bagaimana anda menerima, melihat dan menanganinya.

Positif atau negatif? Redha atau kecewa? Benci atau suka? You choose.

Kami sekeluarga, memilih untuk bahagia, HAPPY, with or without autism, insyaAllah :)

Setakat ini, kakak dan adik sangat supportive dengan abang.  Boleh berseronok dan main bersama, rasa empati dan simpati bila abang sakit atau susah, melatih beliau kemahiran baru  dan mematuhi arahan. So, sikap-sikap negatif yang sesekali berlaku (seperti yang saya sebutkan di atas tadi) tak terlalu merisaukan.  Saya harap hubungan baik mereka ini akan berkekalan. 

Perkara-perkara ini selalunya mengambil masa  untuk disemai/dilatih pada anak-anak. Saya harap saya dan suami akan sentiasa berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik pada mereka. Kami juga manusia biasa, banyak buat silap. Moga Allah mudahkan.




imej google



No comments: