Dec 4, 2014

Pen Marker, Pen Sharpie

Abang suka menulis. Tahap kemampuannya bukanlah menulis ayat panjang berjela, apatah lagi karangan (walaupun sekadar separuh muka surat). Dia suka menulis perkataan. Waktu dia obses menulis dulu (sekitar umurnya 6-7 tahun), dia boleh menulis dan menulis dengan khusyuk, pada kertas, pada cadar, mahupun pada buku akaun bank. 

Setiap kali saya tengok tulisan beliau, perkataan yang terlintas di fikiran saya, "cantik dan kemas".

Menulis ni satu nikmat. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata je boleh hilang.  Syukur kita semua boleh menulis dan pandai menulis.

Untuk anak autisme seperti abang yang tak begitu berupaya mengekspresi dirinya secara lisan, menulis adalah satu kelebihan, walaupun buat masa ini, dia menulis hanya sepatah sepatah perkataan.  Daripada tulisannya, saya tahu apa yang dia suka dan apa yang selalu bermain di fikirannya ketika itu.

Melukis? Tak seperti sesetengah kanak-kanak autisme yang suka dan pandai melukis, ia bukan kegemaran abang. Kalau nak tengok dia melukis, perlu disuruh. Itupun, lukisan-lukisannya selalunya bentuk-bentuk asas (bulat, segitiga, segiempat) ataupun gambar rumah, kereta, pokok, awan dan matahari. That's it.

Sekarang abang jarang menulis.  Malam tadi, sambil lepak-lepak selepas Isya', entah apa mimpinya, dia menulis. Mungkin sebab dia nampak kakaknya menconteng-conteng kertas di sebelahnya, dengan pen marker. Marker pen memang favourite beliau. Kalau pen Sharpie, paling dia suka.




Banyak tengok TV ni. Dia tulis semua program TV & movie yang ditontonnya baru-baru ni.







Gambar-gambar dan bentuk-bentuk lukisan yang simple tapi bila ditenung dan direnung, cantik juga.








3 comments:

shogun_na said...

memang....tak dinafikan....mmg CANTIK tulisan Abil...kagum lak...

FrauMustaffa said...

Tulisan abil mcm tulisan maknye :)

syida said...

ina, mimah,
Alhamdulillah..rezeki Abil :)