Dec 1, 2014

Cerita Cuti Sekolah

Cuti sekolah. Dah seminggu.
Kami masih di rumah. 

Di rumah, 'boring' is an overused word.
Siapa lagi yang sering merungut kalau bukan si adik.


Selain bawa anak-anak berjogging di padang, bawa si abang ke terapi, shopping barang keperluan sekolah dan tengok movie, main Bingo/ipad/game, layan kucing-kucing, memang boring juga cuti sekolah ni sebenarnya. haha

Hari ini, alhamdulillah. Rezeki Isnin. Ayah mertua saya pelawa kami anak-beranak membantunya di restoren. Tolong packing tempahan katering.

Maka, kami pun ke restoren dengan penuh bersemangat pagi ini. Hasil kerja keras kami, 300 pek nasi briyani ayam merah siap dibungkus dalam masa lebih kurang sejam setengah. Alhamdulillah :-)

Kakak tukang letak pajeri nanas. Abang tukang letak sudu. Adik tukang letak popadom. Sesekali adik dan abang bertukar tugas. Siap mengisi makanan ke dalam bekas, mereka bersama-sama mengatur dan mengira pek makanan sebelum ia dimasukkan ke dalam kenderaan. Saya bantu ketiga-tiga mereka di mana perlu.

Proses membungkus nasi ini nampak mudah. Tapi, kalau takde kerjasama dan pembahagian tugas yang sistematik, kalut juga.

Haaa..tengoklah aksi-aksi anak-anak saya.  Pekerja-pekerja restoren kebanyakannya kagum tengok abang boleh bekerjasama.

Sebenarnya, beliau memang boleh buat apa saja insyaAllah, dengan syarat, diberikan arahan yang jelas. Lebih elok lagi kalau di-demo-kan tugasan yang perlu ia lakukan. Kerja-kerja mengisi, membungkus, mengatur sebegini memang sesuai untuk individu autisme kerana ia bersifat rutin dan berulang-ulang. 









2 comments:

shogun_na said...

apa yang penting.....kerjasama...
seronoknye bantu packing...untung tok ayah ada pembantu ramai...hehehe...

Igtkan cuti sekolah, akak balik rmh mak akak...anak2 ina pn suka buat mcm ni tp sat ja la...lama-lama jadi lemau...letih...hehehe...biasa buat pun time isi utk bg kawan2 goodies bag...

syida said...

hohoho mmg kerjasama yg plg penting..
mmg nak balik rumah mak, insyAllah this coming week..balik kejap je pun..kesian nak tgglkan anak2 bulus lama2 hehe