Seminggu dua ini, mesti ramai ibu-ibu yang sibuk dengan persiapan "kembali ke sekolah". Samada sibuk shopping baju sekolah, buku, kasut, beg dan alatulis atau sibuk membasuh, melipat, menggantung dan menggosok baju-baju sekolah atau menjahit lencana, tanda nama dan alter mana-mana yang longgar dan labuh atau sibuk menghantar pada tukang dobi/tailor untuk tugas-tugas tersebut.
Tahun-tahun sebelum ini, tugas menjahit lencana dan tanda nama serta alter seluar sekolah memang selalunya saya sub-con pada mana-mana tailor berdekatan. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, saya sangat terasa dengan layanan kurang mesra daripada tokey tailor, mahupun pekerja-pekerjanya. Sudahlah kos upah sudah semakin mahal, selalunya cukup susah nak dapat senyuman balas dan ucapan terima kasih daripada mereka. Kualiti kerja memang memuaskan, tapi setiap kali hantar dan ambil tempahan, stres tengok layanan yang diberi. Maka dengan itu, tahun ini saya boikot. hehe
Dengan gigihnya, tahun ini saya jahit sendiri lencana/tanda nama/alter seluar anak-anak. Siang tadi, saya 'bertapa' hampir tiga jam juga untuk tugasan ini. Maklum sajalah, anak yang bersekolah ada tiga orang, jumlah lencana/tanda nama yang nak dijahit, minima 3 helai seorang.
Itu belum masuk masa yang habis untuk saya menjahit semula butang-butang pada kemeja sekolah. Ya, saya memang jahit semua butang sebelum ia-nya tertanggal haha. Saya cukup rimas kalau time anak saya sarung kemeja sekolah pagi-pagi dan waktu itu, baru sedar yang butangnya hampir-hampir nak tercabut. Tak ke kalut nanti...jadi lebih baik saya ketatkan semua jahitan butang sebelum ia-nya dipakai sehari-hari. Baru rasa tenang ;p
Pengalaman dari tahun-tahun lepas, kalau sudah dijahit semua butang pada awal tahun, memang ia kekal 'tahan lasak' sehingga akhir tahun. Tak ada masalah butang longgar sana sini insyaAllah
Nampaknya butang dah jadi masalah negara pulak sekarang ni. hahaha
Tadi dah 'bertapa' tiga jam, esok bersambung lagi. Tudung-tudung kakak dan kemeja abang belum selesai 'dikerjakan'. Dah selesai jahit, nak kena basuh dan iron pulak.
#sindrommakmak
Tadi dah 'bertapa' tiga jam, esok bersambung lagi. Tudung-tudung kakak dan kemeja abang belum selesai 'dikerjakan'. Dah selesai jahit, nak kena basuh dan iron pulak.
#sindrommakmak
#thingsmothersdo
"Pandainyaaa mak jahit..." puji kakak dengan penuh kagum.
"Pandai mendenya nak oiiii, jahit butang, lencana dengan kaki seluar je pun.." hahaha
"Pandainyaaa mak jahit..." puji kakak dengan penuh kagum.
"Pandai mendenya nak oiiii, jahit butang, lencana dengan kaki seluar je pun.." hahaha

No comments:
Post a Comment