Ada macam-macam haiwan (tapi jangan expect untuk melihat haiwan seperti gajah, singa, harimau bagai). Nama pun petting zoo kan, so yang ada di FITC ni kebanyakannya adalah haiwan kecil/jinak/ternakan.
Kami tiba di sini, sekitar jam 11pagi. Alhamdulillah, cuaca sangat cantik. Tak panas, tak hujan. Sedang-sedang aje redupnya. Itu pun dah cukup untuk buat kami berpeluh-peluh di dalam FITC ni. Almaklum sajalah, ramai 'askar', macam rombongan sekolah.hehe
Gambar di atas adalah selepas kami membeli tiket masuk. Seingat saya, dengan myKad/myKid, harga tiket (dewasa) rm30, (kanak-kanak) rm25. Kanak-kanak di bawah 90cm adalah percuma.
Untuk info lanjut tentang tiket dan waktu operasi FITC, sila klik SINI.
Untuk info lanjut tentang tiket dan waktu operasi FITC, sila klik SINI.
Saiz keluasan FITC ini, tidaklah sebesar Zoo Negara. Tapi sangat memadai untuk aktiviti melihat dan mengenal haiwan, sambil mengeluarkan peluh dan membantu tubuh merembes hormon endorfin (sebab rasa seronok dan teruja bersama yang tersayang).
Nampak tu, ular...atas kepala tau! haha
Sampai menangis anak buah saya yang comel ni.
Sampai menangis anak buah saya yang comel ni.
Pandai burung merak ni posing.
Yang seronoknya di FITC ialah, anda bebas memberi makan kepada haiwan-haiwan yang berkenaan. Makanan-makanan haiwan ini diedarkan oleh pekerja-pekerja FITC secara percuma. Haiwan-haiwan di sini pula kebanyakannya sangat 'responsif' (read: lapar) hehe
Hati-hati bila masuk ke dalam kandang kambing tau,
nanti habis baju dan tali beg anda 'dikunyah' :p
Tikus belanda dan arnab
See the fish?! sangat meriah!
(setiap seorang diberi sebekas makanan)

Kemudian, anak-anak ber-pony ride.
Dapat sekali round saja, sayanggggnya.
Laju pulak pony tu berjalan. haha

Alhamdulillah, memang berbaloi ke sini.
Kawasannya bersih dan terjaga, kalau ada taman kucing lagi saya suka. hehe
Saya puji dengan penyediaan sinki dan paip yang mencukupi di serata kawasan FITC. Sangat mudah untuk membersihkan tangan dan lain-lain anggota badan selepas menyentuh haiwan-haiwan di sini.
Oh ya, setiap kanak-kanak riang
diberi sijil kehadiran FITC tau.
Sijil tanpa nama (taip sendirilah nama anak-anak tu ye ;p)
Sijil tanpa nama (taip sendirilah nama anak-anak tu ye ;p)
Exit dari FITC, kami ke IOI City Mall, Putrajaya.
I have a great family. I live an amazing life.
-John Oates



































No comments:
Post a Comment