imej dari: infokesihatan4u
Siapa yang mc tu? si adik.
Semalam, baru minggu pertama sekolah, dah 'berlubang' sehari kehadiran ke sekolah.
Redha jelah. Allah bagi sakit. Allah juga yang bagi sihat. Sejak pagi Rabu, memang adik dah mula mengadu tekaknya rasa tak sedap dan hidung sudah mula berair. Tapi saya gagahkan juga minta beliau ke sekolah. Balik dari sekolah agama di sebelah petang, dia mengadu sakit kepala. Badan dah mula 'dedar'. Sebelah malam, memang suhu badan agak panas. Saya beri beliau makan supplemen sebelum tidur.
Pagi Khamis, bila dikejutkan, terasa badannya masih panas, merah bibirnya. Bila dikejut, masih sakit kepala (katanya). Saya ambil keputusan untuk rehatkan saja dia di rumah. Dia ikut saya hantar si abang ke sekolah. Waktu bersarapan, saya minta beliau kerap minum air. Menjelang tengahari, nampak dia lebih segar. Mungkin sebab dah makan ubat demam dan kerap minum air putih. Saya pujuk dan pujuk supaya beliau ke sekolah agama. Mula-mula dia tak nak. Akhirnya dia 'termakan pujuk'. Alhamdulillah :)
oh ya, sempat saya gugel tips tentang sakit kepala. Jangkitan di bahagian telinga, hidung dan tekak memang salah satu penyebab sakit kepala. So, selsema, batuk, sakit tekak dan sakit kepala, memang normal. Pakej lengkap. huhu
Petua orang lama, perah limau kasturi atas kepala, ramas-ramaskan pada rambut dan picit bahagian kepala yang sakit. Tips lain;
-urut dengan minyak urut/panas di bahagian tengkuk, kepala dan belakang telinga.

-Letakkan ice pack di atas kepala untuk beberapa minit. Kalau tak ada ice pack, balut ketulan ais dengan tuala pun boleh.
-Kurangkan, atau lebih baik lagi, elakkan MSG (bahan perisa tambahan/ajinomoto).

-Rehat seketika di tempat yang gelap dan tenang (bebas dari bunyi bising dan hiruk pikuk).
-Minum air elektrolit (100plus, revive) untuk menghidratkan dan memberi tenaga pada badan.
-MInum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Ada beberapa lagi tips menarik. Baca sepenuhnya di SINI.

Hari ini sudah hari Jumaat. Adik pun nampaknya sudah sihat. Syukur.

10 comments:
salam kenal..petua yang menarik..kesian zarif..alhamdulilah dah sihat...
iryantyahamad.blogspot.con
wsalam iryanti, tk singgah sini :)
anak kaknoor pun dah berlubang jugak 2 hari sbb demam, disini start 5 hb baru beberapa hari dah berlubang heee tapi apa nak buat sakit allah bagi
Saya biasanya sakit kepala bila x cukup tdo... Hehehe
itu lah kak noor, awal2 lagi rekod kehadiran dah tak cantik haha. Diluar kawalan kita kann, tambah pulak cuaca panas kebelakangan ni. mmg ramai yang sakit
nurbijen, saya pun macam awak. asal x cukup tido, sakit kepala...
Musim demam dan selsema sekarang ni..kat sek pun ramai budak2 demam dan selsema
alhamdulillah Zariff dah sihat
wa, betul3...mmg tengah musim sakit..masing2 kna jaga kesihatan..
JM, alhamdulillah..syukur :)
Zarif dah sihat kan,bagus petuanya!
minum air masak secukupnya mmg penawar kepada macam-macam penyakit insyaAllah :)
yup alhamdulillah, kejap je zarif dah sihat semula..kalau x, susah hati maknya hehe
Post a Comment