imej google
Setiap pagi, jam 6.40 pagi saya dan anak-anak sudah ada di depan sekolah si bongsu. Walaupun belum pukul 7, kereta-kereta lain dah mula berderet-deret melalui kawasan sekolah. Kebetulan, kawasan ini memang kawasan tumpuan.
Ada empat buah sekolah lain di situ, ada sebuah asrama dan sebuah pejabat pendidikan daerah. Kalau saya tiba lewat 5-10 minit dari biasa, memang akan 'sangkut' di situ hampir setengah jam. So, saya tak boleh lewat, agak-agak jam 6.35-6.40 mesti sudah ada di luar sekolah adik. Selepas itu, terus ke sekolah abang pula.
Rutin saya, parking dulu di luar sekolah, kemudian turunkan adik dan temankan beliau untuk melintas jalan sebelum dia berjalan masuk sendiri ke dalam sekolah.
Hari ini seperti biasa, kami berdua berdiri di tepi jalan (sebelum melintas) dan menunggu pak guard (merangkap penjaga lalulintas) mengangkat sepanduknya (tanda berhenti), sekaligus kereta yang lalu lalang akan berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada anak-anak sekolah yang mahu melintas. Oh ya, ada lintasan zebra (untuk pejalan kaki) juga di situ.
Pagi ini, semua kereta laju-laju belaka walaupun pak guard sudah angkat sepanduknya dan cuba untuk berdiri di tengah jalan bagi memastikan semua kereta berhenti dan memberi laluan.
Tiga empat kereta berlalu tanpa memperdulikan pak guard mahupun kami yang sedang menunggu di tepi jalan. Dahlah tak beri ruang ataupun sebarang tanda-tanda untuk berhenti, semuanya memandu dengan laju! (hello, ini kawasan sekolah bukan highway huhu)
Bahaya.
"Ni dah kenapa semua kereta bawak laju macam puting beliung ni?!" pak guard dah mula 'bising'.
Ya tak ya juga, dia bergadai nyawa berdiri di tengah jalan untuk menjalankan tugasnya. Pemandu-pemandu semua sangat selfish dan tak pedulikan keselamatan orang lain. Agak-agaknya kalau anak mereka yang sedang menunggu untuk melintas tu, macamana ya? hmmm..
Akhirnya, selepas beberapa minit menunggu, dapat juga anak saya melintas dengan selamat. Alhamdulillah
Moralnya, supir-supir sekalian, memandulah dengan berhemah ya. Hati-hati di jalanraya.
Road Safety. Better Safe than Sorry.

14 comments:
kawasan sekolah mmg biasanya jam kan.awal betul hangar anak2 ke sekolah he.klu sy pukul 640 tu baru nak kejutkan Aiman,sekolah dekat katakan.merempit je hantar dia.
PK, 640 baru nak kejutkan aiman? untunggglahhh hehehe
Awalnya pegi sekolah... Mau anak2 saya pun terkejut nak sesuaikan dirii dgn sekolah bila balik M'sia nanti... Skrang pukul 8 baru bangun tidur... Sekolah masuk pukul 8.45...
Ya Allah, gerun jer rasa... Kat sini kita pula terkejut bila berdiri jer kat kawasan zebra, kereta terus stop... hehhee..
nurbijen, kat sana kesedaran sivik sgt tinggi..org2 mesia blom lagi kot capai tahap tu huhuhu *nanges*
syoknya la sek start kul 845, bahagia!
Tau tak kenapa depa bawak kete mcm puting beliung? Kiasu mentaliti sgt tu...mesti pikir kalau bwk laju2, blkg kete dah xde, pejalan kaki leh cross the street relax2 lepas tu...hahaha....agaknya.... :p
Harap2 pemandu ada kesedaran xkira mana2 ja..bwk secara berhemah terutama kwn sekolah.
Haish. Bahaya betul. Kalaulah betul-betul accident jadi disebabkan perangai selfish certain driver mcm tu, baru nk menyesal agaknya. Apa lah yg diorang ni fikir speeding di kwsn sekolah ye?
Teringat pakcik sepanduk yang lintaskan saya kat zebra line masa primary school dulu :)
emmy, mentaliti kiasu tu patut dipositifkan, ramai2 berebut nak stop utk bg org cross kt zebra line :)
syafisyifa', tu la pasal..kawasan sekolah ramai budak2 nak lalu lalang, melintas..harap pemandu2 considerate & matang sket, pikirkan nyawa anak2 ni huhu
N shahira, ntahla dik..dorg2 ni lesen terbang kot?! haihh..
Dr Shikin, pancik sepanduk ni hero kann sbnrnya...besar pahala dia hari2 jaga lalulintas utk mudahkan semua org ;)
Mentang2 la org tu hanya Pak Guard, derang tak respect pun ye, masih juga bawak laju2 dan tanak berhenti. kena letak polis traffic baru nak berenti agaknya.
Lydsunshine, setuju..x patut dorg buat mcm tu kt pakguard tu..mmg kalo pak polis trafik yg jaga, semua patuhh..hmmm
Okey, saya memang tak faham mentaliti sesetengah pemandu yang memandu laju di tempat tertentu seperti kawasan sekolah, jalan di taman perumahan dsb. Kita sebagai pemandu kenalah alert sikit bila di kawasan begini. Jumaat lepas anak saya ajak keluar awal makanya saya pun ikut aje. 5 minit kami terawal daripada biasa. Sampai berhampiran sekolahnya jalan dah stucked sebab kereta yang keluar dari sekolah (mungkin bukan makpak budak sekolah sebab takda sifat toleransi langsung) tak mahu bertimbang rasa beri laluan pada makpak yang nak hantar anak ke sekolah. Makanya, kali pertama Abang terpaksa tulis nama di daftar masuk lewat (walaupun baru 7.15 pagi) walaupun kami keluar 5 minit awal!
alahai siannya abang, 1st time kna tulis nama sbb lewat ye..sek anak sy pun camtu, baru 7.15 dah dikira lewat huhu
msian drivers mmg lebih ramai yg selfish, daripada yg selfless...menyedihkan!
Post a Comment