Dua tiga hari ni, seorang kawan si adik (saya namakan AH), datang bermalam di rumah kami Adiklah orang yang paling teruja dan gembira.
AH kawan sekelasnya sejak darjah satu. Saya juga berkawan rapat dengan mama AH, kenal melalui blog. hehe
AH kawan sekelasnya sejak darjah satu. Saya juga berkawan rapat dengan mama AH, kenal melalui blog. hehe
Sejak dari hari pertama AH tiba untuk bermalam di rumah kami, memang mereka berdua macam 'belangkas', lebih tepat lagi, dah macam 'kembar' haha. Mereka ni sama-sama anak bongsu, saiz badan pun sama.
Apa aktiviti mereka? Main. Main. Main. Berbual. Main lagi dan lagi.
Mujur ada waktu tidur, kalau tak, main dan berbual 24 jam.
Apa aktiviti mereka? Main. Main. Main. Berbual. Main lagi dan lagi.
Mujur ada waktu tidur, kalau tak, main dan berbual 24 jam.
Bila ada rakan sebaya ni, adik jadi bersemangat nak buat semua benda. Dikejut bangun subuh dan bersiap ke sekolah, senang. Disuruh buat homework dan kemas buku sekolah sendiri, pun senang. Makan pun berselera. Suruhlah buat apa pun, senang belaka :)
Saya rasa beliau seronok sebab ada kawan untuk berkongsi cerita dan aktiviti. Biasanya, dia bersembang pun dengan saya dan selalunya dia main sorang-sorang (kecuali waktu kakak ada di rumah). Si abang pula, sebagai anak autisme yang mempunyai kemahiran komunikasi yang terhad, lebih kerap beraktiviti sendiri (sesekali mereka main juga berdua, tapi jarang-jarang).
AH dan adik juga berbual tentang macam-macam perkara. Hal sekolah, bolasepak, kawan-kawan, cerita kartun, rancangan tv dan movie. Ada sekali tu, siap berbual tentang kahwin! hahaha
Seronok tengok gelagat dua orang budak darjah tiga ni.
Peluang untuk AH bermalam bersama kami beberapa hari ni, memang satu 'kemudahan' dan rezeki dari Allah. Ia juga peluang dan pendedahan untuk AH mengenali seorang individu autisme dalam keluarga kami.
Mula-mula AH sampai, si abang perhatikan saja 'adik' barunya ini. Mungkin dia rasa pelik, selalu cuma ada adik , tiba-tiba ada seorang 'muka baru', Nak bertanya, dia tak pandai meluahkan. So, beliau hanya bagi eye contact dan body language. Saya sebut nama AH, beliau hanya pandang saja.
Moga AH tak serik bermalam di rumah kami.
A child has a special way of adding joy to everyday.
(from google)
(from google)


13 comments:
Nanti akak punyai masa, nak baca entri2 lama, nak tau sangat pasal Abil..
Kalau tak baca entri tadi, ingat kembar dah..
betul kata umi alya, akak pun ingat kembar sbb rupa diaorang hampir sama ..
Oh...seronoknya tengok dia berkawan.....mesti termimpi-mimpi nanti tu
Assalam..
Salam ukhwah dari Bunda...terima kasih sudi keteratak Bunda...
Sama besar..memang macam kembar..suka la zarif ada kawan bermain bercerita..
salam semua, tk atas komen.mmg zarif & AH ni ala2 kembar, sama2 kecik, sama2 comel, sama2 lincah! bff la katakan ;p
umi alya, sila sila baca tntg abil.boleh tmbh ilmu& kesedaran tntg autisme insyaAllah :)
ceria di si dia bila ada teman berbual tu..mesti mcm2 di kongsi kan
Wa pun ada anak autism...
Aah, sama je saiznya.
Mmg mcm belangkas.
Dr Syikin, kann? ini hari AH balik rumah dia, jgn nanges si zarif ni udah le ;p
Sesekali dapat kawan sebaya siang malam. Memanglah happy. Mama dok senyap-senyaplah jadi halimunan. Tak sedih ke diketepikan beberapa hari ni? Hahaha...
Kalau dengar budak-budak berborak sesama mereka, memang seronok tau. Saya pun pernah dengar anak saudara berborak dengan anak saya tentang nak buat apa kalau mak-mak asyik marah kita - patut sayang ke atau patut buat apa?
Terduduk den sekejap dengar jawapan mereka!
hahahaha mummydearie, 5 hari si AH dgn kami..kira sedang2 elok jelah..rasanya kalo tambah bbrp hari lg, baru maknya mula rasa 'tersisih' :p
betul3, mmg seronok dengar bebudak berbual..skrip anak2, sangat naif & innocent...lawak pun ada haha
Post a Comment