Semalam. Rutin Jumaat, melawat kakak di asrama.
Kebetulan, waktu kami sampai, kakak baru bangun dari tidur. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kalau tak kerana dia masih 'mamai' atau mengantuk, biasanya dialah 'champion' bercerita. Dari satu kisah ke satu kisah. Tak sempat orang lain mencelah.

Kami makan bersama, lebih kurang jam 3 petang. Late lunch. Sambil makan, masing-masing agak letih dan kurang selesa bersembang di bawah gazebo di tepi padang sekolah. Panas berdenting.
Bagaimanapun, sempat kakak mengadu sakit tekak dan terasa 'tak sedap badan'. Suaranya serak. Berkali-kali saya pesan supaya sentiasa minum air kosong, mandi dan jangan lupa makan vitamin yang sudah dibekalkan.
"Esok ada merentas desa.." katanya.
"Kalau tak larat, jalan je tau. Make sure makan pagi esok sebelum berlari tu."
Pagi tadi, saya beritahu encik suami, "..entah apa cerita kakak merentas desa.."
"Dia ada sms?"
"Belum lagi.."

Sekitar tengahari, saya terima sms daripada kakak.
"ok je" katanya. Alhamdulillah.
Biasanya kalau ditanya, memang itu jawapannya. Mungkin tak nak saya risau. Tapi hati ni tetap risau.
Hari ni, asyik tengok kalendar aje. Sambil koyak helaian bulan Februari, mata dok renung dan tenung tarikh cuti sekolah. Lebih kurang dua minggu lagi.
Dua. minggu. saja. lagi. #sindrommakmak
Sabar mak. Sabar.
A mother's treasure is her daughter.
(Catherine Pulsifer)

6 comments:
#sindrommakmak yang ada anak kat asrama...
Owh, tak lama lagi lah nak cuti sekolah...
Harapnya kak dina ok ok jer... Insya Allah :)
alo sindrom mak2 perkara biasa kot klu ada anak kt asrama.apatah lg bila tau anak tak sihat..selamat tanda kalander.seminggu lebih je lagi cuti sekolah.nti kak Dina balik ye mama
tq nurbijen & PK,
biasalah makmak ni..kekdg emosi sket..hati tisu haha..mmg mengira hari..nak dekat2 cuti ni, biorle masa berjln laju..dah start cuti nnti, kalau buleh nak freeze time kikiki
Makmak yang over kan bila nak cuti sekolah. Apalagi kalau ada anak duduk asrama. Macam makmak yang ada anak 24 jam kat rumah, over juga bila tengok kalendar nampak cuti sekolah. Hahaha...
MD, lawakk sungguh stetmen mu ittewww haha
sbg ibu ofcoz akan risaukan anak..JM sendiri kalau adik lambat balik pun dah resah gelisah..inikan pula hati seorang ibu kan
Post a Comment