Semalam, selesai misi membawa si abang ke dentist.
Misi berjaya setakat gambar di atas. Selepas sesi menunggu giliran lebih kurang sejam lebih, beliau yang melangkah berat masuk ke dalam bilik rawatan, akhirnya berjaya dipujuk dan dipujuk untuk duduk di dental chair dan membenarkan doktor sekadar memeriksa keadaan giginya. Ia masih satu kejayaan, kalau nak dibandingkan dengan keadaannya ke dentist sebelum ini (langsung tak mahu duduk dan buka mulut untuk diperiksa). Permulaan yang agak baik, ditambah dengan layanan mesra dari cik doktor dan pembantunya. Alhamdulillah.
"Saya sebenarnya tak berapa pandai nak handle budak autisme ni kak..." bisik doktor pada saya selepas membaca surat rujukan yang diberikan pada saya susulan pemeriksaan gigi dibuat di sekolah.
Saya senyum saja. "Kita cuba dulu doktor.."
...dan doktor tersebut benar-benar berusaha.
"Saya sebenarnya tak berapa pandai nak handle budak autisme ni kak..." bisik doktor pada saya selepas membaca surat rujukan yang diberikan pada saya susulan pemeriksaan gigi dibuat di sekolah.
Saya senyum saja. "Kita cuba dulu doktor.."
...dan doktor tersebut benar-benar berusaha.
Walaupun misi pemeriksaan gigi berjaya, misi mencabut gigi lain pula ceritanya. Walaupun tiga orang memegang si abang (termasuk saya dan suami) untuk membolehkan doktor inject bius pada gusi, misi mencabut gigi belum berjaya lagi. Dia 'bersilat' bila nampak jarum suntikan. Haihh!
Mujur cik doktor cekap dan jarum tu tak tersalah kena pada orang lain.
Terpaksalah kami atur temujanji lain untuk meneruskan misi mencabut gigi sekali lagi. Pesan doktor, bawak seorang lagi lelaki. erkkk.. (si abang ni tak besar mana pun, tapi kudrat 'bersilat'nya memang tak boleh lawan)
Giliran kakak pula ke dentist. Ya, si abang ikut sekali. Nak bagi 'input' baik-baik tentang jumpa dentist padanya.

13 comments:
haha kelakar pulak baca kisah abil bersilat.yg berdebar2 jadi sesi kelam kabut pulak ye..aopa pun dah ada improvement tu oklah abil kan!
Abil bersilat, canggih la ;D, tapi sekurang-kurangnya, pendekatan akak berjaya, ada peningkatan. Go go kak ! ^^
Tunggu cerita Abil lagi :)
PK, tu la psl..dlm pd menahan nervous, lawak pun ada haha
Sha, mmg mcm2 drama pakcik sorg ni..insyaAllah, doakan misi2 abil berjaya hehe
Teringat pulak.. Dulu2 time masih kanak2 menangis bila jumpa doktor gigi.. He
skt, jumpa dentist ni, bukan bebudak je takut..org tua/dewasa pun 2x5. hehe
Alahai Abil, takut dentist yer ^-^
jgn kata Abil..JM pun takut gak kalau jumpa dr gigi..tak pe...maybe bila tgk giliran kak Dina tu mgkin akan bernai sikit
Jgnkn bdk...org dewasa pn kecut prt bila kna jumpa dentist. Esk kna bawa farzana utk cabut 2 btg gigi yg lain pula...last week bjaya dicabut 2gigi susunya...Alhamdulillah...slps trauma dicabut geraham...kalini farzana bjaya atasi ketakutan... (puas pujuk) Seb baik dentist lelaki...bila dia malu miaw2...sng sket nk selesaikn...bahahaha
hahahaha (sambil mmbygkan farzana malu miaw2 dgn dentist lelaki :p)
nk jumpa dentist ni mmg kna berani..bukan calang2 nak hadap & tahan rasa sakit kna bius, tp daripada dok tahan sakit gigi kann, kena la hadap yg sakit sekejap tu huhu..
Dz & JM, Abil ni dah kerap juga jd 'pengiring' kalo saya, kakak atau adiknya ke dentist..setakat tgk org lain yg buat rawatan gigi, insyaAllah dia ok je..tp bila dia sndiri yg duduk kt dental chair tu, truss jd masalah negara.haha
Lama dah tak pergi dentist Syida..baik anak baik mak haha....
Tak yah Abil sebenarnya kalau ikutkan okje sendiri pun seram nak jumpa doktor ni hihi...
Takpalah, sekurang-kurangnya ada pencapaian berbanding dengan last visit. Kali ni Abil dah berani buka mulut untuk diperiksa giginya. Nasib baik tak terinject maknya di sebelah ya, mahu mamai balik rumah! Hahaha...
Next mission tu bila pulak? Nak juga tahu kisah selanjutnya!
hainom, fobia jmpa dentist ni mmg 'penyakit' ramai orang hehe tapi bila mikirkan sakit gigi yang azab ittew, mmg harusslah berani juga buat check up & rawatan gigi huhu
MD, progress mmg progress, alhamdulillah...itulah bab bersilat ms nak kna inject tu, lawak pun ada, panik pun ada..mujolah dentist tu cekap! hehe
next mission? tgh tunggu dentist setkan appt..in the meantime, kna doa bebanyak erkk..
Post a Comment