gambar google
Bertukar rutin atau 'lari' sebentar dari rutin boleh membantu mencerdaskan otak.
(Baca: Lari Dari Rutin, Lari Dari Rutin 2)
Semalam, semasa abang berterapi, saya berbual-bual dengan seorang rakan. Kami bertukar-tukar cerita tentang cuti sekolah minggu depan. Sambil sembang-sembang, masuk topik 'homestay vs hotel'.
Masing-masing ada pengalaman pahit manis dengan homestay dan juga hotel. Tapi, topik perbualan kami 'berat' kepada kualiti homestay yang pernah kami singgah bermalam (setakat sehingga blogpost ini ditulis). Bercakap tentang pengalaman homestay kami, lebih banyak yang pahit dari yang manis.
(Baca: Lari Dari Rutin, Lari Dari Rutin 2)
Semalam, semasa abang berterapi, saya berbual-bual dengan seorang rakan. Kami bertukar-tukar cerita tentang cuti sekolah minggu depan. Sambil sembang-sembang, masuk topik 'homestay vs hotel'.
Masing-masing ada pengalaman pahit manis dengan homestay dan juga hotel. Tapi, topik perbualan kami 'berat' kepada kualiti homestay yang pernah kami singgah bermalam (setakat sehingga blogpost ini ditulis). Bercakap tentang pengalaman homestay kami, lebih banyak yang pahit dari yang manis.
Bagi saya, tak susah untuk melihat dan menilai kualiti hotel sebab boleh tengok di Trip Advisor atau google saja review hotel-hotel yang berkenaan, berderet-deret pendapat dan maklumbalas boleh dibaca dan dinilai sebelum kita membuat keputusan untuk menempah hotel yang disukai.
Tapi, kalau homestay, walaupun boleh google juga untuk review dan sebagainya, jumlah review tak sebanyak review hotel. (kalau kawan-kawan ada portal yang reliable untuk menempah homestay, silalah kongsi.)
Tapi, kalau homestay, walaupun boleh google juga untuk review dan sebagainya, jumlah review tak sebanyak review hotel. (kalau kawan-kawan ada portal yang reliable untuk menempah homestay, silalah kongsi.)
Pada saya, kualiti hotel pun, bergantung pada pihak pengurusannya. Ada yang bagus, banyak juga yang kurang. Saya jumpa sebuah artikel di facebook. Katanya, kebanyakan bilik hotel tak dibersihkan dengan sempurna, gara-gara staf hotel tak cukup masa. erkk..
5 Rahsia Bilik Hotel Yang 'Wajib' Anda Tahu:
1. Cuci gelas di bilik sebelum digunakan.
Gelas di bilik hotel selalunya jarang dibasuh atau disembur dengan pencuci tingkap. Ada juga yang sekadar dilap dengan tuala kotor.
2. Cuci cerek air di bilik sebelum digunakan.
Cerek air elektrik di bilik, dikatakan selalu menjadi tempat buangan sisa-sisa yang tak diingini oleh sesetengah pengguna hotel.
3. Pintu hotel mudah dibuka.
Samada anda menempah hotel mewah atau hotel murah, kalau boleh, bawalah sendal pintu untuk keselamatan. Secanggih mana pun sistem keselamatan pintu bilik hotel anda, ia sebenarnya sangat mudah dibuka, samada oleh orang luar atau staf hotel itu sendiri. Sendal pintu dikatakan adalah cara paling efektif untuk menyukarkan pintu hotel dibuka dari luar.
4. Jangan guna air paip untuk diminum.
Kisah anak-anak terkena cirit birit dan sakit selepas balik dari bercuti selalu berlaku. Sebaiknya, minum air mineral sepanjang bermalam di hotel.
5. Jangan bersandar di tingkap bilik.
Tingkap hotel jarang diperiksa tahap keselamatannya, walaupun di hotel-hotel mewah. Elakkan bersandar untuk mengelakkan dari kejadian yang tak diingini.
(dari: SUMBER)
Sejauh mana kesahihan fakta di atas, hanya staf-staf hotel saja yang tahu. Sebagai pengguna, kita kenalah selalu berhati-hati dan ambil langkah pencegahan dan keselamatan, mana yang patut.
What you do today, can improve all your tomorrows. (anonymous)

19 comments:
ai, awal bagi tips utk bercuti ni.. mulalah rasa stress nak habiskan tanda paper exm yang bakal dapat bertimbun2 petang nanti....
Hai, dah nak start cuti ke kak? Adoiii, jelesnye Sha. Kolej tak ada cuti. Sepanjang tahun keje aje. Jeles ni T_T
Aisy N, jgn stres2..tanda kertas exam sambil senyumm, insyaAllah cepatlah habis kerja menanda tu..semoga dipermudahkan :)
Sha, sabtu nnti baru start prog cuti2 mesia..ahkak ni je yg dah x sabo sangat..hehe
more diet..breakfast roti ja Ari.haha..
sy klu gelas wajib bilas walaupun yg kt rumah baru pakai pun. BTW good info..mood cuti sekolah n holiday dah terasa.saya macam biasa je!sbb tak cuti.huhu..
Pk, se-geng la kita.kat rumah pun, bilas semula sudu gelas sblm guna, walaupun dah berbasuh..esp time pagi2, takut ada 'makhluk2' dah hinggap malam2 hehe
Tengah counting down hari cuti la ni?
Kadang2 looking forward for holiday pun dah buat kita rasa happy...
Lagi2 bila duk google tempat2 cantik yg kita bakal melawat mula rasa hati berbunga-bunga..
Rasanya masa bercuti kat M'sia belum pernah lagi kami sewa homestay..
Tapi skrang homestay kat M'sia dah byk - tumbuh bagai cendawan...
Nice tips, homestay pun sekarang dah ada blog juga... Boleh gak Google...
nurbijen, mmg dok kira hari ni hihi
a ah, layan visual tgk gambar2 tmpt bercuti pun dah cukup seronokkk, kann?
balik mesia nnti, kalau awak nak sewa homestay, better tnya recommendation dari kawan2 atau buat research sket, sbb takut ter-book yg poor maintenance..haru!
DZ, a ah memang sebelum ni, sy google je utk cari homestay..masalahnya bila dapat homestay yang 'indah khabar dari rupa'..serik jugak dibuatnya huhu
salam ziarah.. baca entry di sini...
mood bercuti utk ina xde kot...sbb bru lps bercuti pjg dan skrg ada bayi kecil...ada sedikit kesukaran nak ke mana-mana...tunggula dia besar dlu la....
Kami tunggu org jauh mai bercuti di Kuantan lah...hehehe...Tak Sabar juga...
hurm, dah tau dah ni. kenalah hati2 kan lepas ni, thans sharing
Maria F, salam ukhwah..tk daun keladi..singgahlah lagi :)
ina, kalo ada bby, hari2 mode 'cuti' sbb seronok tgk keletah dia..penat & kurang tido tu confirm, tapi berbaloi2 :)
maszmahdi M, sharing is caring :)
Tak sabar nak tunggu entry kak syida untuk cuti-cuti mesia ni. Boleh jugak Sha jadikan panduan in case berjalan tempat yang sama nanti.
Ayo ma.....gitu rupanya tp selalu kalau gi hotel mmg terus guna jer gelas tu Syida....
So far okje gi tengok anak kat Tronoh, mmg puas hati dengan homestay dia....
hahaha hainom okje, scary kan bila baca 'rahsia' hotel tu..
sy prnh gak tido homestay yg bagus..tp yg x brp nak bagus pun prnh juga. huhu
ala Sha, kita jalan dekat2 je hehe tggu eh..
perkongsian yg bagus kerana kekadang JM boleh termiss nk cucu kettle dan cawan di hotel tu
By the time I baca ni, dah selamat kembali pun awak anak beranak dari bercuti ya *_* Itulah, lambat terjah! Sibukkan sebab cuti sekolah. Hehehe...
Eh, betullah tu. Walaupun beratus review tentang hotel, tetap juga tak seindah bila tengok sendiri. Adakalanya saya expect the worst tapi tetiba dapat the best. Begitu juga sebaliknya. So, sekarang ni expect yang buruk-buruk jelah, bila dapat best sikit rasa macam 'Oh, indahnya dunia!'
Post a Comment