Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Jul 16, 2014

Kongsi Menu Berbuka



Ini menu berbuka kami, 15 Ramadhan yang lepas.
Nasi minyak & Ayam panggang sedap
(hasil gotong royong di dapur bersama suami)

Alhamdulillah.

Nak tahu resepi?
Klik sini : Nasi minyak ABC dan Ayam Panggang Resepi Tradisi


Lebih kurang dua minggu lagi sebelum Syawal, 
apa lagi menu berbuka yang super sempoi tapi lazat? 

Anda ada idea/cadangan? Meh la kongsi :)



imej google


Jul 7, 2014

Oh! Puding Roti

imej google

Salam/hai semua :)

Sambil-sambil menunggu waktu berbuka ni, tetiba teringat pulak kat dessert kegemaran saya ni; puding roti!

Oh yes, I like puding roti. hehe

Kawan-kawan, saya ni tak pandai masak. Kalau jumpa resepi yang simple-simple, memang saya suka sangat.  Setakat tahun-tahun lepas, memang kami tak pernah miss puding roti di bulan Ramadhan.  Tahun ni, belum lagi. Kena beli fresh milk dulu. Yang ada kat rumah sekarang ni, roti, butter, tepung kastad, tepung jagung dan gula. Ishhh tak sabor..

FYI, sebelum ni, encik suami yang tolong masakkan puding roti. Tahun ni, saya nak cuba buat sendiri. Itu pun gara-gara terliur dengan video penyediaan puding roti oleh Annabellecookies kat bawah ni..

So, apa dessert kegemaran anda?



Sep 19, 2010

Biskut Cornflakes kasih sayang

Selain aktiviti mengemas, anak-anak saya juga tumpang sibuk di dapur. Acara gotong-royong membuat biskut cornflakes di dapur di penghujung Ramadhan yang lepas.


Oh ya! perhatikan hasilnya.


Biskut cornflakes terlebih kasih sayang, sampai hangit.hehe

Ramuan kasih sayang 'secukup rasa', cantik!

Aug 31, 2010

Kisah dapur Majidi

Antara juadah kami di bulan Ramadhan

Apam -air tangan Chef Romli

Roti Naik - air tangan Chef Nas


Sosej roll - Chef Nas lagi


Homemade Roti john - oleh Chef Nas


Agar-agar laici oleh saya (hihi)

Banana Milkshake - oleh kak Dina

Aug 30, 2010

Onde-onde kasih sayang

Onde-onde kasih sayang.

Kenapa onde-onde kasih sayang? sebab banyak benar 'tangan' yang menyediakan onde-onde ni. Riuh sekampung. Dah tentu Abil yang paling seronok. Tapi dia seronok menguli saja, disuruh makan dia tak mahu.


Menunggu giliran 'mencampak' onde-onde.


si kenit yang tak cukup tinggi

tukang angkat, kena hati-hati...panasssss!


ketua pengawas di dapur...hehe


Gentel, campak, rebus, angkat dan akhirnya.......golekkkkkk!!


Dah habis masak? Apalagi, kemas!
Terima kasih Abil.