Dec 18, 2009

Tahun Baru Hijrah

Alhamdulillah, semalam sempat baca doa penutup dan awal tahun. Malam ni, anak-anak tidur lewat kecuali Abil yang sudah 'pengsan' lebih kurang jam 9 lebih tadi. Adik Zarif pun baru saja tumbang beberapa minit yang lepas. Saat ini, jam sudah hampir 12 tengah malam tapi kak Dina masih segar melayan games di Facebook-nya.

Malam-malam begini, biasanya saya pasang ayat Al-Quran semasa anak-anak tidur. Amalan ni dimulakan sejak tahun lepas bila Abil selalu sangat tantrum . Lalu, saya pun cuba.

Kesannya sangat memuaskan. Alhamdulillah. Anak-anak nampaknya lebih mudah mendengar kata. Sekali sekala degil tu adatlah, tapi degil yang tak keterlaluan dan masih 'makan saman'. Emosi Abil pun nampaknya lebih tenteram dan lebih senang dipujuk.

Sebelum ni, saya pernah baca di Berita Minggu tentang bagaimana ayat-ayat AlQuran diperdengarkan kepada ternakan lembu dan kesannya yang sangat positif ke atas produktiviti lembu-lembu tersebut. Maaf, tak ingat pula tarikh artikel tersebut ditulis. 



imej google


Kesimpulannya, kalau haiwan pun boleh ditingkatkan hasil ternakannya dengan bacaan AlQuran, inikan pula kita manusia. Selalu juga diuar-uarkan bagaimana surah-surah tertentu boleh digunakan untuk melembutkan hati, mengeratkan hubungan suami isteri dan keluarga, selain merawat pelbagai jenis penyakit, yang ringan mahupun yang kronik dan juga pendinding dari segala jenis gangguan, bencana dan malapetaka.

Jom terapi al-Quran :)

Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
~Raihan


2 comments:

mama said...

Sama lah ngan adalm syida... dia paling suka zikir ustaz dzulkarnain. sblm tidor mesti kena baca dan miracle dia blh baring jek tanpa bergerak khusyuk.. dengar mamanya baca.

Syahida said...

Abil pulak sangat suka azan.Sampaikan dalam toilet pun dia bantai laung azan....hahaha