Jan 6, 2010

Kisah Abil dan Ensiklopedia

Baru 2 hari sekolah tapi hari ni Abil sudah ponteng. Bukan ponteng dengan sengaja tapi sebab pagi tadi, masa saya kejutkan Abil untuk mandi, badan Abil terasa agak panas. Terus saya ambil termometer dan sah! Abil demam. Tapi, suhu tak berapa tinggi. Disebabkan dah 2-3 hari ni, saya tengok kerap pula Abil batuk waktu awal-awal pagi, sebelum Subuh dan semalam teruknya agak teruk, saya rehatkan Abil pagi ni.

2-3 hari ni juga, rutin tidur Abil tak berapa betul.....Risau saya tengok. Dah la kena bangun awal untuk ke sekolah, walaupun penat bersekolah waktu siang, sebelah malam tak pula awal sangat tidurnya. Kalau dulu, seawal jam 8 lebih Abil dah tumbang, la ni, hampir pukul 10 baru nak tidur. Kalau terus ke pagi, takpe juga. Ini tak, dah 3 hari berturut-turut, Abil bangun sekitar pukul 2-3 pagi, sebelum akhirnya tidur semula lebih kurang jam 5. Pukul 6 saya dah kejutkan dia bangun.

Petang semalam, teacher-nya menegur, "He looks tired....". "I know......because he has not been sleeping well these few days." saya cuba jelaskan pada Teacher.

Satu lagi yang mama perhatikan, Abil kembali obses pada buku-buku. Set ensiklopedia Grolier dalam bahasa Inggeris yang Abil paling suka. Sebelum ni, Abil pernah juga berulit dengan buku-buku ni. Tapi, disebabkan Abil suka conteng-conteng dan sampai ke satu tahap, cuba menggunting ensiklopedia yang agak mahal ni, saya terus simpan. Lepas beberapa bulan, saya keluarkan semula. Yelah, buku untuk dibaca, bukan untuk disimpan.

























Saya suka obsesi Abil pada buku. Lebih menyenangkan berbanding obses pada suis-suis dan plag. Lebih mententeramkan daripada obsesinya pada pintu-pintu bilik dan kabinet. Habis semua pintu-pintu dikunci, dentam-dentum pintu-pintu kabinet dibuka dan ditutup kembali.

Obses pada buku lebih selamat daripada kesukaannya pada kereta dan kenderaan. Pantang nampak kereta, terus terjah..tak kira la depan mata atau seberang jalan. Juga, obsesi pada buku jauh lebih baik daripada obsesi pada toilet flush. Ada juga manfaat dan kesan positifnya.

Tapi, dah namanya obsesi.Abil sanggup bersengkang mata melihat gambar-gambar dan huruf-huruf dalam ensiklopedia tu. Sampai tertidur pun, buku tegak depan muka.Tersedar tengah malam, terus capai buku dan membelek-belek buku dalam gelap. Bangun pagi apatah lagi, terus kepit buku dan bawa masuk dalam kereta.

Keadaan buku-buku tu, dah macam kertas sampul belacan. Nasib baik hard cover, kalo tak mesti kulitnya pun entah ke mana.


There are many little ways to enlarge your child's world.
Love of books is the best of all.

~Jacqueline Kennedy




3 comments:

ninarizwina said...

cian abil..demam & batuk..sama la saya pun batuk2 tak reda2 lagi ni..satu family..

maya amir said...

die mesti nak jadik saintis tuh..:) get well soon dear, ni musim demam skang ni.. jap2, die kindy kat happyland ye.. kat tmn pelangi ke? ok tak kindy situ?

Syahida said...

nina, mmg kesian bila tgk dia batuk malam2..sampai nak termuntah kahak, tp degil...dia telan balik.. :-(
maya, Happyland ni kat JohorJaya (jln. Rosmerah)...rasanya lain dgn yg kat Tad.Pelangi tu, lagipun untuk special kids :-)