Jan 1, 2010

Darjah Satu

Ini gambar kak Dina pada 2008. Masa tu, kakak baru nak darjah satu. Hari pertama dan minggu-minggu pertama, saya kagum tengok kakak yang cool waktu ditinggalkan di pintu pagar sekolah. Hari pertama kak Dina, walaupun saya tunggu lebih kurang 5-10 minit sewaktu di perhimpunan sekolah, kakak dalam keadaan yang sangat terkawal lalu terus saya tinggalkan dan datang semula untuk melihat kakak sewaktu rehat.


Waktu rehat, kakak sudah berkawan dan boleh duduk makan bersama.Risau juga tengok murid-murid berebut-rebut beli makanan, jadi saya ambil keputusan untuk bekalkan kakak sedikit makanan supaya tak perlu berebut membeli. Sejak itu, saya tak lagi menunggu di kawasan sekolah biarpun hampir sepanjang tahun semasa di Tahun satu, kakak sering saja menangis waktu ke sekolah. Pelik tapi benar. Air mata dikesat sebelum masuk pintu pagar sekolah sebab malu dilihat kawan.


Begitulah kisah Kak Dina. Masuk Tahun dua, rutin menangis hampir tiada. Kakak nampaknya semakin selesa dan pandai berdikari. Namun, bekal makanan masih saya beri setiap hari. Lebih jimat. Lebih sihat.


Tahun 2010, giliran Abil pula masuk Darjah satu. Bezanya, Abil masuk kelas Pendidikan Khas, bukan aliran perdana. Walaupun Abil akan belajar dalam suasana dan kelas yang berbeza daripada pelajar-pelajar Tahun satu yang lain, dia masih perlu pakai uniform dan datang waktu persekolahan yang sama, dari 7.20 pagi hingga 1.15 tengahari.




Tiga kali seminggu, Abil meneruskan program intervensinya di Happyland Special Education Centre di sebelah petang. Penat. Tapi tak apalah, asalkan bermanfaat.









 
Risau juga dengan keadaan Abil di sekolah nanti. Pagi tadi, dengan berpakaian lengkap, Abil ikut mama ke sekolah. Yuran dibayar dan borang-borang maklumat murid diisi. Seperti biasa, Abil lincah ke sana ke mari. Saya terangkan padanya, "ini sekolah baru Abil". Tiada jawapan. Saya yakin dia faham dan mendengar . Risau juga kalau-kalau fasa menyesuaikan diri menjadi sesukar tahun lepas, waktu mama masukkan Abil ke Montessori

Di kelas Pendidikan Khas, selain cikgu, ada pembantu pengurusan murid. (PPM) Mereka inilah yang akan bantu pelajar ke tandas, ke kantin sewaktu rehat, membeli makanan, belajar dan sebagainya. Perasaan bimbang saya tolak ke tepi. Harapan saya, segala cerita-cerita kurang enak tentang kelas pendidikan khas tidak akan berlaku pada Abil.

"You need to have faith in your child." Saya kena yakin dengan kebolehan Abil.

Lega juga bila kebanyakan urusan persekolahan anak-anak dapat diselesaikan hari ni, kecuali urusan dengan BSN. Untuk kemasukan elaun JKM, perlu ada akaun BSN.

Waktu mendaftar di sekolah, saya diberitahu, buku bank akan disimpan oleh pihak sekolah dan sebarang pengeluaran elaun akan dipantau ketat supaya ia tidak diseleweng atau disalah-gunakan.

Berbalik kisah hari pertama ke sekolah, handsome sekali Abil pakai uniform. Pendidikan khas bukanlah pilihan saya. Tapi itu saja pilihan yang saya ada untuk Abil setakat ini. Kalaulah kemudahan pembelajaran secara inklusif ada di sini. Apa pun, saya harap urusan anak-anak saya dipermudahkan.



Children have to be educated,
but they also have to be left to educate themselves.

~Abbe Dimnet




15 comments:

ja amran said...

dah besar anak2 mu, syidah....

YatieJay said...

Comel2 anak syidah....

Syidah johor kat area mana?

Anonymous said...

+ Bestnyer Abil dah skolah, Kak Dina pun dah darjah 2... Besar dah diorang nie.. Nurin Iman lambat laa lagi.. 4 tahun lagi.. Huhuhu + ALong +

Syahida said...

yatieJay: johor kat JB (majidi)....
along/Ja: rezekiku..jodoh cepat.mujur tak dpt bby terus,kalo x anak sulongku dah 10 tahun...huhuhu..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.