Jan 12, 2010

Menu sempoi




















Dinner anak-anak semalam. Sup Makaroni. Hanya perlu 15-20 minit untuk disediakan.


Hiris dan tumbuk bawang putih, bawang merah dan sedikit halia, hiris ayam isi nipis-nipis, kemudian tumis bersama. Agak-agak dah naik bau dan ayam dah agak masak, tambah air. Bila dah mendidih, masukkan lobak dan kentang (yang dipotong dadu). Tabur garam dan perisa secukup rasa. Nak letak lada sulah sikit pun boleh. Bila dah hampir masak (kentang dan lobak dah empuk) campak hirisan daun bawang, bawang goreng (kalau suka) dan sedikit tomato ( potong dadu/dihiris) dan terus tutup api.

Saya rebus makaroni berasingan. Ada juga yang suka rebus sekali dalam sup. Berselera anak-anak makan. Makan panas-panas memang sedap. 


Untuk bekal sekolah kak Dina hari ni, saya sediakan sandwich tuna atas permintaan tuan punya diri.

Anak-anak suka tuna mayonis . Sapu saja pada roti. Kak Dina tak suka rotinya disapu marjerin. Dia nak cheese tapi dimakan berasingan. Siap!












When baking, follow directions.
When cooking, go by your own taste.

~Laiko Bahrs



2 comments:

mina said...

Salam Syida,

Wahhh, sedapnya sandwich tu. Makcik memang suka makan sandwich tapi makcik prefer egg mayonis sandwich. kalau dapat egg mayonis crossant, lagilah power. Biasanya makcik makan crossant ni di seasson cafe kat Johor Jaya tu. Ohh yaa....resipi ayam panggang yang Syida request tu makcik dah tulis dalam entri Blog 'Dari Dapur Mina'. Nanti Syida paste and copy la yer...

Syahida said...

ok tenkiu makcik...saya pon suka gak egg mayo sandwich, dgn croissant mmg sodappp...makcik pernah try dunkin donut punya egg mayo??best!! :D