Jan 19, 2010

Tengku Ratu (muncung!)


Ini BUKAN Tengku Ratu,
anak kepada kareografer, Linda Jasmine dan pelakon, Que Haidar.

Ini Tengku Ratu.........munCUNG! hahaha
Tengku Ratu munCUNG ni sebenarnya sangat comel dan fotogenik.
Tapi, kalau dia marah atau merajuk, munCUNGnya barangkali panjang sedepa.

Setiap hari mesti ada insiden untuk dia me-munCUNGkan diri.
Kadang-kadang, kalau angin taufan melanda, setiap 5 minit dia munCUNG.
Arghhhhh! tengok munCUNGnya saja boleh 'terbakar' diri.
Mana taknya, susah betul nak kasi dia puas hati.Align Center
Mujur la, ada sorang jer pakar munCUNG dalam famili ni.
Kalau hero-hero pun kuat munCUNG, habissss.
Lambat pulak tu nak tunggu munCUNG tu hilang.
Agaknya anak perempuan memang dilahirkan untuk munCUNG ye??

Seingat mama, masa mengandungkan Tengku Ratu munCUNG ni dulu,
jarang saya emosi.
Rasanya masa mengandungkan Abil dulu, emosi saya lebih banyak turun naik.
Pendekata, memang tak larat nak layan Tengku Ratu ni bila dia munCUNG sana, munCUNG sini.

Nak snap gambar Tengku Ratu munCUNG ni masa dia tengah marah...
nak bagi pembaca warkah jadi juri...haha

Berapakah panjang munCUNG-nya??
Tapi takut pulak dia munCUNG berhari-hari
atau boikot saya sampai berminggu-minggu...

Wahai Tengku Ratu munCUNG yang selalu fikir saya tak sayangkannya..
Mama sayang semua.
Tengku Ratu munCUNG tak tahu yang saya sangat-sangat bersyukur ada-nya dia..
Bijak, boleh diharap dan sangat berdikari.

Cuma satu jer ...MUNCUNG tak boleh blahhh.hehe


A daughter is a little girl who grows up to be a friend.
~ unknown Author



4 comments:

keen said...

dinot muncung ikut makcik jemen die!

YatieJay said...

So cute! Biasalah tu, dah namanya pompuan...memang sinonim dgn MUNCUNG!

norhamimah said...

ooo..kokde pantang ader peluang, mesti nak kutuk makcik jemen..macam akak kate la..muncung2 pon, bijak, boleh diharap dan berdikari..muahahaha :D

Syahida said...

keen:betol la kot..muncung cam Makcik..hehe

yatie:memang sangat cute, rasa cam nak gunting2 muncung tu!hahaha

mot:ko ni,pantang ada peluang, misti nak 'up'kan diri sendiri..