Jan 17, 2010

Oh! Hamster


Ini pet kami. Dah dua tahun kami bela. Sebenarnya, cik hamster yang ada sekarang ni yang paling lama bertahan. Sebelumnya, encik suami pernah beli sepasang. Dari sepasang, membiak jadi 3-4 pasang.

Akhirnya ada yang bergaduh, sakit, mati dan sebagainya. Sekarang, kami hanya bela seekor saja jenis Syrian Hamster. Kata suami saya, Syrian hamster ni memang kena hidup seorang diri (solitary animal).

Saya bukan penggemar pet. Kenapa? sebab saya malas nak jaga. hehe


Pet ni satu tanggungjawab, betul tak? Bukannya setakat jadi hiasan atau permainan, duduk dalam sangkar atau kurungan, cukup sekadar bagi makan saja. Pet ni, macam anak juga, kena dibersihkan dan dimandikan, perlu dijaga kesihatannya, mesti dipantau selalu. Menguruskan tiga orang anak saya ni pun dah cukup besar tanggungjawabnya. Menjaga pet? saya surrender!

Mula-mula, Dina nak bela kucing. Saya reject permintaan-nya sebab Abil allergic, kak Dina sendiri ada resdung, masing-masing senang kena batuk dan selsema.




Kak Dina minta nak bela ikan pula. Saya fikir, ok juga sebab seronok tengok ikan dalam akuarium selain tak perlu risau tentang alahan dan sebagainya. Tapi, nanti nak dibersihkan akuarium-nya selalu. Maintenance-nya agak demanding juga. Suami saya pun agak sibuk untuk bersihkan selalu. Saya pula memang jenis tiada kompromi bab-bab kebersihan ni.



Kenapa kami pilih hamster?

~sebab dia hanya duduk dalam cage-nya, tak perlu dibelai-belai dan main-main macam kucing. Nanti habis melekat semua bulu-bulu dalam rumah.

~sebab saiznya yang kecil dan comel, lebih kurang sebesar tapak tangan.

~sebab maintenance-nya agak mudah. Hanya perlu tukar habuk kayu dalam 'rumah'nya sekali sekala supaya tidak berbau, bagi makan dan tukar air minumannya. Dari segi kos pun sangat ok, berbanding pet lain.


~yang paling penting, sebab suami saya dah bersetuju nak jagakan, bukan saya. hehe



Tips memilih Haiwan peliharaan


@ Pastikan anak-anak tidak ada masalah kesihatan jika anda memelihara haiwan. Masalah alahan paling diberi keutamaan. Jika ada, tapi masih mahu pelihara juga, perlu beri perhatian rapi tentang penjagaan haiwan tersebut dan pantang larang untuk anak.
Atau, pilih haiwan yang jarang menimbulkan alahan seperti ikan dan kura-kura. Menurut pakar, usia paling sesuai memelihara pet ialah 6 tahun ke atas.

@Pilih berdasarkan tatacara pemeliharaan-nya. Ada pet yang sangat 'cerewet' penjagaannya. Ada pet yang mudah jatuh sakit kalau dijaga sambil lewa. Ada pet yang kerap perlu dibersihkan. Ada yang makanannya mahal dan kos-nya sangat tidak berpatutan. Tanya diri sendiri apakah piawai anda. Juga, samada mampu atau tidak untuk bertanggungjawab ke atas pet tersebut.


@Tepuk dada, tanya selera. Ikut la citarasa masing-masing. Mahu pet yang aktif dan lincah macam kucing dan arnab, atau yang pasif macam kura-kura? Mahu yang cantik dilihat dan menarik macam ikan, atau yang mysterious macam iguana? Mahu yang kecil macam hamster dan tikus putih atau, yang boleh terbang macam burung?


Kebaikan memelihara Haiwan

+Bagi anak yang sudah cukup dewasa (sebab itu disyorkan sesuai untuk 6 tahun ke atas), mereka boleh diajar erti tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka boleh dilatih untuj memberi makan, membersihkan tempat tinggalnya, melayan-nya dengan baik.
+Menambah pengetahuan dan pengalaman, selain memecah kebosanan. Bila terasa boring dengan TV dan permainan, boleh 'main' atau tengok-tengok pet dalam kurungan. Kalau macam kami, encik suami memang buat research tentang Syrian Hamster dan kemudian, bercerita pada semua. Anak-anak juga ada cerita untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Boleh dijadikan modal untuk bersosial dan menjadi topik perbualan.
+Mengurangkan stress dan rasa sunyi. Melihat pet bergerak-gerak saja sudah buat kita gembira. Aksi-aksi comel mereka, macam anak-anak juga, sangat menghiburkan. Tapi ingat, kalau pet tak dijaga dengan baik, ia bukan mengurangkan stress, sebaliknya menambah stress!


Untuk anak-anak autistik,

$Pet mengajar mereka berinteraksi dan bersosial, melalui belaian dan usapan. Kadangkala, mereka lebih selesa dengan haiwan berbanding manusia.
$Mengajar mereka perkara baru dan menarik, terutama bagi mereka yang obses atau minat dengan haiwan.





$Peluang untuk mereka terlibat sama dalam menjaga pet tersebut. Tugas-tugas mudah seperti memberi makan dan menukar air minuman boleh diserahkan pada mereka.

JANGAN LUPA! Basuh tangan anak-anak dengan bersih setiap kali selepas bermain dengan haiwan peliharaan mereka. Juga, jangan biarkan mereka 'mendera' haiwan tersebut.

Kalau tak dapat bela pet, bawaklah anak-anak singgah ke Pet Shop atau Petting Zoo selalu...mesti mereka suka!


Animals are such agreeable friends -
they ask no questions, they pass no criticisms.
~George Elliot



3 comments:

keen said...

tepek jer gmbo SNUFF tp xde story lgsg psl die or aku, watpe !? :P

Syahida said...

hehehe..PT la bukan snuff, tak sesuaiii...:P

keen said...

x mauuuuu..btw, aku panggil name die, die mai tau!