Feb 6, 2010

Jom Main Puzzle!

dari google
Petang Jumaat, kebetulan saya tak ada kelas. Sempat la mengajak Abil keluar dari bilik dan buku-bukunya dan terus ke bilik tuisyen. Nampak mood Abil macam ok, tak mengantuk, tak lapar dan tidak juga terlalu penat (sebab dah lebih 2-3 jam balik dari sekolah). Saya pun ambil kesempatan untuk suruh Abil duduk sekejap sambil layan-layan main puzzle.


Dah lama betul Abil tak sentuh puzzle-puzzle tu. Hampir dua tahun dalam simpanan . Masa tu, Abil belum mahir buat yang susah-susah, jadi kebanyakannya yang 12-pieces, ada juga beberapa set yang 40-pieces.

Pelbagai set gambar, daripada ABC, nombor, binatang, makanan, kenderaan, huruf-huruf jawi dan banyak lagi. Ada lebih kurang hampir 20 set semuanya, supaya Abil tak bosan buat puzzle yang sama setiap kali. Ada yang diperbuat daripada kayu, kertas dan juga plastik. Saya beli yang harga ekonomi, kebanyakan bawah RM10. Sekarang banyak yang canggih-canggih, 2-D,3-D pun ada.

Boleh cari di Giant, Carrefour dan Tesco. Toys R Us pun ada, cuma bajet-nya besar sikit. Tapi takpe, 'pelaburan' yang bagus, dengan syarat ia-nya dijaga dan digunakan dengan baik. Sekarang ni, adik Zarif pun suka main puzzle.


Untuk Abil, biasanya saya mulakan dengan puzzle yang senang-senang dulu dan yang gambarnya paling Abil suka. Objektif utama, untuk ajar Abil fokus dan duduk diam untuk tempoh yang disasarkan. Kalau Abil nampak resah dan mula bosan, tak guna dipaksa.B agi 'break' seminit dua kemudian, teruskan lagi sesi bermain puzzle.


Apa yang Abil belajar daripada bermain puzzle??

~ meningkatkan kemahiran motor halus : Belajar memegang kepingan-kepingan puzzle yang secara tak langsung, melatihnya memegang pensel, sudu dan lain-lain dengan betul.

~ belajar bersabar : Belajar kawal emosi, belajar menyiapkan setiap tugasan puzzle sehingga kepingan terakhir. Kata kuncinya, sabar.

~ belajar fokus dan memberi perhatian : Latihan yang bagus untuk anak hiperaktif. Bukan mudah untuk menarik perhatian mereka. Kena sentiasa kreatif, sistematik dan juga tegas supaya mereka boleh bekerjasama dengan baik.
~ berlatih bercakap dan menyebut perkataan : Belajar menyebut setiap perkataan yang tertera pada puzzle, atau mengenal serta menyebut setiap gambar yang ada.


~ Mengenal huruf, nombor, perkataan, warna, bentuk, haiwan, sayur-sayuran dan banyak lagi: Pakej 10 dalam 1, sambil bermain sambil belajar. Seronok dan tidak membosankan.



6 comments:

maya amir said...

puzzle mmg syok layan kalau sabar..heheh..

Syahida said...

salam maya, kalo tak sabar..layan puzzle yang sikit-sikit jer...budak2 punya, bukan susah mana pon...hehe (kalo yang sampai beratus keping tu, saya pon tak layannn...haha)

mella said...

teringat dulu masa belum kawin pun sy suka buat puzzle nie..

SitiNur said...

Sabarnya kau Syida.. Kalau aku, tahla. Lebih mulut maknya yg bertempik daripada anaknya yang belajar. Huhuhu.

Anakkhas said...

assalammualikom

salam dari ankkhas....
bagus aktiviti puzzle nie untuk semua masalah pembelajaran.. infomasi yang sangat menarik untuk semua yang terlibat secara langsung dengan murid masalah pembelajaran.... akak guru sekolah mana yer?

kadang2 mak ayah tak faham kenapa anakknya diajar bermain puzzle? datang sekolah nak belajar....... belajar la tu ... kan mengikut tahap dan kebolehan murid.... tq kak...

Syahida said...

mella-> lepas kahwin, bole layan puzzle dengan family plak...hehe
ira-> awal2 ada gak sesi bertempik2 tuh...lama2 ok la, terpaksa blaja kawal emosi ;-P
anakkhas->saya bukan cikgu sekolah pon (teringin gak mengajar bhgn pend.khas), saya ni keje sendiri jer (buat tusyen)...byk blaja sendiri je ;-)