Feb 4, 2010

TIDAK dan BUKAN

dari google
Sedikit info menarik!



Punca sebenar masih belum dikenalpasti. Masih banyak kontroversi. Yang pasti, perkara-perkara di bawah BUKAN dan TIDAK menyebabkan terjadinya autisme (terjemahan dan ringkasan dari tulisan Lisa Jo Rudy, autism.about.com)

! Autisme tidak berjangkit
Sindrom ini tidak boleh dijangkiti daripada individu lain, sekalipun jika seseorang itu sering mendampingi individu autisme. Kanak-kanak yang normal kadangkala suka meniru tabiat dan perlakuan anak autistik, tetapi mereka TIDAK boleh dan tidak akan menjadi autisme semata-mata kerana perbuatan meniru itu.

! Tantrums bukan punca autisme
Anak yang kuat 'meradang' (selalu emosi) atau kerap melepaskan perasaannya secara keterlaluan tidak akan menjadi autistik hanya kerana perbuatan tersebut. Umum perlu faham bahawa, tantrums yang luar biasa ( kadangkala sehingga ke tahap mencederakan diri sendiri dan lambat reda) adalah ciri-ciri anak autistik tetapi BUKAN penyebabnya.

! Makanan rapu (Junk Food) tidak menyebabkan autisme
Anak istimewa yang mengamalkan diet yang 'ketat' (diet tanpa gluten dan kasein) serta pemakanan yang sihat (mengurangkan makanan rapu yang banyak pewarna, gula dan pengawet) memang banyak menunjukkan kemajuan dan perubahan positif dalam perkembangan mereka. Tetapi, samada diet istimewa ini benar-benar dapat 'menyembuhkan' anak autistik masih belum disahkan.

Secara peribadi, walaupun junk food tidak menyebabkan autisme di kalangan kanak-kanak, amalan pemakanan yang sihat sangat penting, lebih-lebih lagi untuk anak-anak istimewa. Oleh itu, elakkan junk food!

! Kurang perhatian dan kasih sayang daripada Ibubapa
Teori oleh Bruno Bettelheim ini adalah tidak tepat dan salah. Masalah Autisme tidak timbul akibat bad parenting.

! TV bukan penyebab autisme
Masih belum ada bukti kukuh untuk menyokong teori bahawa anak-anak boleh menjadi autistik kerana terlalu banyak menonton TV. Tetapi, sekiranya anak anda didiagnosis sebagai autistik, adalah SANGAT digalakkan untuk mengurangkan waktu mereka di depan TV, sekaligus membanyakkan interaksi di antara mereka dan individu-individu lain di dalam keluarga.

! Autisme bukan kerana radiasi telefon bimbit
Radiasi elektromagnetik daripada telefon bimbit dan rangkaian wi-fi dikatakan boleh menyebabkan autisme. Walaupun radiasi elektomagnetik boleh menjejaskan otak, masih belum ada bukti kukuh yang mengaitkan faktor ini dengan masalah autisme.

! Faktor keadaan keluarga tidak menyebabkan autisme
Ada yang menyalahkan faktor adik-beradik yang ramai, masalah ibubapa(penceraian), kematian di kalangan ahli keluarga, berpindah terlalu kerap dan sebagainya sebagai punca autisme. Realitinya, faktor-faktor di atas boleh mempengaruhi keadaan tumbesaran anak autistik, tetapi ia BUKAN penyebab terjadinya autisme.

! Autisme terjadi bukan berpunca daripada kecederaan fizikal
imej google
Kecederaan fizikal, terutamanya di bahagian kepala boleh menjejaskan fungsi otak (brain damage). Anak-anak yang mempunyai masalah 'kecederaan otak' mungkin mempunyai sedikit persamaan atau ciri-ciri anak autistik. Tetapi, cedera fizikal bukanlah sebab utama timbulnya kecelaruan autisme di kalangan individu.

If you want the children to improve,
let them overhear the nice things you say about them to others.
~ Haim Ginott




No comments: