Feb 21, 2010

Jom Origami!

dari google
Saya selalu berangan nak buat sesi origami dengan anak-anak. Sebelum ni ada juga beli buku-buku origami yang simple, siap dengan kertas origami-nya. Setakat ni, kak Dina memang pandai buat sendiri dan dia SANGAT sukakannya. Untuk adik dan Abil, saya masih sempat lagi nak buat bersama-sama. Kena aturkan jugak masa nampaknya.

Origami ni sangat bagus. Kenapa?

@untuk kemahiran motor halus

Tangan dan jari digunakan secara optimum untuk melipat dan membentuk kertas-kertas origami, aktiviti yang sangat bagus untuk meransang perkembangan otak.

@memupuk kreativiti
Daripada hanya sekeping kertas, macam-macam objek boleh dibuat hanya melalui lipatan-lipatan tertentu.Seronok!

@belajar mengikut arahan
Instructions (arahan) yang diberikan di dalam buku perlu diikut sepenuhnya untuk mendapat bentuk objek yang diinginkan. Kadang-kadang, sukar juga mengikut arahan-arahan lipatan melalui gambar. Tapi sekarang, di YouTube pun ada banyak klip-klip membuat origami (lebih senang nak ikut).

@belajar bekerjasama dan tolong menolong
Kadang-kadang, ada lipatan yang kurang menjadi atau tak betul. Bila buat origami beramai-ramai, bolehla mintak tolong yang lain untuk ajar cara yang betul dan sama-sama buat hingga menjadi.

dari google




I hear and I forget,
I see and I remember,
I do and I understand.

~Chinese Proverb


2 comments:

SitiNur said...

Bravo, Syida!

Budak2 kat Jepun ni semua dah didedahkan dengan origami sejak 2 thn gitu. Mmg byk kemahiran yg boleh dipupuk dr origami. Antaranya PERSISI (Percision). Tgn2 Jepun ni kalau yg pandai buat sesuatu berkualiti itu bermula dr origami!

Aku je yg malas nak buat dgn anak2ku.. Balik2 buat sampan kertas yg nenek aku ajar. ;p

Syahida said...

betol la ira, kagum tengok anak2 jepun buat origami...kena buat selalu nmpaknya ni...aku pon set2 malas gak, KERAS tangan plak tuh..hehe