May 7, 2010

Kisah Abil dan Gambar

Abil SANGAT suka tengok gambar. Secara amnya, semua orang memang sukakan gambar, kan?

Oleh kerana Abil sukakan gambar-gambar, saya selalu gunakan gambar untuk mengajarnya. Abil sukakan gambar 'hidup' i.e. gambar sebenar dan bukan lukisan.

Saya gunakan gambar-gambar untuk menambah kosa katanya (vocabulary). Juga, lebih mudah memperkenalkan kata kerja/perbuatan kepadanya melalui gambar. Saya juga gunakan gambar-gambar untuk mengajarnya konsep jantina(lelaki & perempuan), panjang-pendek, besar-kecil, atas-bawah dan sebagainya. Saya hanya gunakan koleksi album kami atau gambar-gambar daripada suratkhabar atau majalah.

Sambil menunjukkan gambar-gambar, saya akan bercerita atau menerangkan tentang gambar tersebut.
Salah satu gambar kegemarannya

Kenapa ye? hehe..pastinya sebab ada aiskrim.

Baru-baru ni, sambil menatap gambar ni, Abil akan berkata "nyum nyum nyum"..hahaha Tak dapat makan, dapat tengok gambar je pun jadilah. Perkembangan terkini, Abil akan menunjuk dan mengenalpasti setiap individu yang ada dalam gambar....ma, ayah, adik, kakak. Kadang-kadang, Abil akan menyebut warna-warna pakaian dan persekitaran dalam gambar tersebut.

Dalam banyak-banyak koleksi gambar kami, Abil selalunya memilih untuk melihat gambar-gambar kami bersantai, bercuti atau beriadah.Main layang-layang, mandi laut, mandi swimming pool memang dia sangat suka. Untuk memudahkan Abil, biasanya saya tekan mode 'slideshow' dan gambar-gambar kegemarannya akan muncul satu persatu. Senang kan??


3 comments:

PPKI SK Taman Bunga Raya 1 said...

saya pun suka gak ais krim!!! nak cikit.. hehehhehehe....

keen said...

muke abil tu menggambarkan kenikmatan yg x terkata...kekekeke, xpe abil...sebulan skali je mkn eskrim ek

Syahida said...

PPKI SKTBR1->sapa yang tak sukakan aiskrim, tul tak? ;P

keen-> sememangnya dia tgh betul2 meNIKMATi aiskrim dia tuh...gambo lama tuh...sebulan sekali pon da cukup baik tau...sepatotnya takleh langsung...huhuhu