Jun 15, 2010

Tentang Kasih Sayang

Saya bertuah mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong saya.

Hari ini, 15 Jun 2010 adalah harijadi ibu mertua saya yang ke-57, salah seorang 'penyokong kuat' yang menduduki carta teratas dalam hidup saya bersama-sama ahli keluarga saya yang lain. Saya 'terpilih', kerana dikurniakan ibu mertua yang hebat. Sehebat mak, ibu kandung saya. Kedua-duanya sentiasa menjadi idola dan inspirasi.

Walaupun kedua-dua ibu saya adalah wanita berkerjaya (masing-masing bersara pada kedudukan yang baik dalam organisasi). Tapi mereka tak pernah memandang rendah dan mempunyai perspektif negatif terhadap saya (yang hanya bekerja dari rumah sahaja).

Untuk Tukmi, "Allah selamatkan Kamu. Allah selamatkan Kamu."

Saya doakan yang terbaik segalanya.


Sekitar sambutan 'mini' harijadi TukMi. Abil dan Zarif yang beria-ia jadi 'wakil' untuk meniup lilin. Seronok bila tengok Abil mengekspresikan rasa gembiranya. TukMi, terimalah hadiah termahal daripada kami; K.A.S.I.H S.A.Y.A.N.G.




6 comments:

Zuraini bt Zainal said...

ye saya juga memiliki MIL yg sangat BAIK dan HEBAT...

Syahida said...

salam ani, Alhamdulillah rezki Tuhan bagi..kita sama2 bertuah kan?? :-)

Ina said...

Selamat Hari Lahir Mak Lang...Pak Lang dan Mak Lang...yg terbaek....
Plan to visit Pak Lang's family dgn pakcik mat...kami akan sampai ke JB...yg pasti sebelum hujung thn, insyaAllah...

Syahida said...

Ina, MakLang baca tau blog ni..mai la JB, jangan tak mai! :-)

Ina said...

Doakan....since awal tahun, dah dok sebut psl trip nie...rasanya its the right year to go,insyaAllah...

Walaupun cuti Ina pun nyawa2 ikan but Ina nk make sure ada cuti utk raya dan utk trip ke sana....

Ma dok sebut...(mcm ralat) sbb tak jupe abil ari kenduri lepas...Ina pun...tak smpat nak 'kacau' Abil... ;)

Ops...mak Lang baca blog nie...hehehe...Ina jd silent reader kt blog akak dan kwn2 yg lain je la...

Anonymous said...

+ Sheeda, x semestinyer belajar tinggi2, x boleh duduk rumah, jadik suri rumah sepenuh masa... Pada aku, jadik surirumah pon best apa... Kat kawasan umah aku nie.. ramai suri rumah yang educated... Lahirkan anak2 yang cerdik, pandai, bijak... dan "jadik orang".. Aku nie haaa.. x sabar2 nak jadik suri rumah sepenuh masa...... huhuhuu... Buat TukMi, happy belated birthday, bertuah Sheeda dapat MIL sebaik TukMi.. Sheeda nie pon baik TukMi.. hahahhah + Along +