Jun 13, 2010

Jom Menjahit Kadbod!

Seronok anak-anak saya menjahit. Jahit apa? jahit kadbod je. Orang putih kata, Lacing. Macam-macam gambar dan bentuk. Sambil bersantai-santai dan berseronok-seronok, mereka sebenarnya sedang praktis koordinasi tangan dan mata. Asas kemahiran yang penting untuk membolehkan anak-anak pandai menulis dan membaca, memegang objek dengan betul dan belajar untuk fokus.

No comments: