Jun 6, 2010

Jom! Jana RM dari Rumah


Sudah lebih kurang 3 minggu saya memiliki buku ini. Kata pepatah Inggeris, Don't Judge A Book by Its Cover, tapi kulit buku ini sahaja sudah cukup menggambarkan isi dalamnya yang padat, bernas dan menarik.

Sebagai pengunjung setia blog naufalsayang.blogspot.com, pastinya saya tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan senaskhah buku ini .Paling istimewa, buku ini telah ditandatangani sendiri oleh penulis. Terima kasih Mas!

Sebagai salah seorang individu yang sedang berusaha menjana RM dari rumah, buku ini berjaya membuka minda saya tentang skop-skop bekerja dari rumah yang tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini. Contoh-contoh kejayaan sebenar bukan sahaja telah membuka mata saya, malah menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk saya terus berusaha gigih.

Syabas kepada penulis dan penerbit, Oasis Book Sdn Bhd. atas terbitan buku yang berkualiti dan penuh informasi.

Akhir kata, menjana RM dari rumah bukanlah semudah ABC. Namun, dengan keazaman, usaha dan sokongan padu dari keluarga tercinta, ianya bukan lagi sekadar impian semata-mata, malah satu MISI yang bisa dicapai dan memberikan NIKMAT kepuasan bekerja yang tidak terungkap dengan kata-kata.


Jom baca!




No comments: