Jul 27, 2010

Kisah Abil dan TukAyah

TukAyah antara insan yang PALING sayang Abil. Sangat jelas. Sangat nyata. Cucu kesayangan TukAyah.

Sebenarnya, nak cerita kisah TukAyah yang baru saja sambut hari jadinya yang ke 60 beberapa hari yang lepas. Seperti biasa, sambutan secara 'mini' dan penuh privasi. Bacaan doa selamat bersama-sama.Potong kek dan makan-makan bersama.

Ya, tidak ada hadiah besar dan mahal untuk TukAyah daripada kami. Sejujurnya, saya dan encik suami belum mampu untuk menghadiahkan yang MAHAL dan GRAND (bak kata orang putih). Tapi, saya yakin hadiah kasih sayang dan perhatian kami jauh LEBIH mahal dan bermakna. Hadiah gelak tawa anak cucu depan matanya tak boleh dijual-beli.


Alhamdulillah, TukAyah masih sihat dan bertenaga. Masih kuat dan rajin bekerja, masih boleh lari kejar cucu. Semuanya masih boleh, insyAllah.



There are fathers who do not love their children
BUT there is NO grandfather who does not adore their grandson.
~Victor Hugo

4 comments:

keen said...

awat abil x pkai mask? rimas ek?
anyway...ckp kat paparom, happy belated bday ek :D

aishah lancaster said...

assalamualaikum syeeda...

lama aku tak cakap ngan ko. rindulah. tapi hidup sebagai pekerja dan ibu mambuatkan aku takder masa langsung nak berborak ngan kawan2.rindu sesangat kat ko. teringat zaman kita berborak kat bilik dan dapur..maaf aku just baca entry tapi tak bagi komen. bila baca entry ko pasal take things easy, betul gak tuh. will try to take it easier..heheh tapi masa untuk mandi pun kekadang terkocoh-kocoh..hmm sedeylah! anyway just wanna say, i miss u.

Syahida said...

keen-> Abil pakai mask tu tp untuk beberapa saat je..hehehe

Syahida said...

aishah, geng silent reader rupanya :-)
dah berkurun kita tak borak kan??