Jul 28, 2010

Speech delay, Echolalia, Autism

imej google
Sudah agak lama tak menulis tentang autisme.
Kali ni, berkisar speech delay dan echolalia.
Speech delay = perkembangan pertuturan yang terbantut
Echolalia = pengulangan perkataan atau frasa ( diambil dari perkataan 'echo' = gema)

Bermasalah pertuturan tidak semestinya autisme.

Carta perkembangan setiap anak berbeza.
Jika anak terlalu lambat bercakap dan disertai ciri-ciri autisme lain, segera berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Jika anak agak lambat bercakap tetapi boleh berkomunikasi (dengan mata, perbuatan) dengan baik, mungkin ia hanya speech delay.
Jika anak lewat bercakap dan langsung tiada respons pada bunyi dan suara tetapi tiada ciri-ciri autisme, segeralah juga berjumpa doktor untuk pemeriksaan pendengaran.

Bukan semua anak autisme lambat bercakap.
Ada yang bercakap selari dengan aras perkembangan kanak-kanak normal.
Ada juga yang tidak.
Ada yang langsung tidak bercakap (non verbal) sepanjang hayat mereka (biasanya yang jatuh dalam kategori severe, autisme kronik).

Ada anak autisme yang bercakap seawal 3-4 tahun jika didedahkan dengan terapi pertuturan (speech therapy) secara intensif dari awal.
Yang lebih bernasib baik, masih mampu bercakap macam kanak-kanak normal walaupun tanpa terapi dan latihan.

Ada yang hanya mula bercakap dengan jelas (bermula dengan sepatah dua) , bila dah mencecah 7-8 tahun. Malah, ada yang non-verbal sehingga umur 11 tahun.

Memang tiada satu aras yang standard untuk anak-anak autisme ni.

Teori mungkin menetapkan bahawa peluang anak autisme belajar bercakap SANGAT cerah sekitar umur pra sekolah sehingga umur mereka 6-7 tahun. 


Ada juga teori yang kata, semakin lanjut usia anak, semakin 'malap ' peluang untuk melihat anak-anak ini bercakap.

Tapi harus diingat, ini HANYA teori, semuanya di tangan Tuhan.
Yang penting kena usaha dan tawakal.
Ibubapa/penjaga/cikgu-cikgu, kena buat yang terbaik dan sehabis mampu.

Echolalia? ok, cara percakapan yang berulang-ulang.
Bila soalan ditanya, bukan jawapan yang diberikan, tapi anak autisme akan mengulang semua soalan.

Ada masanya, anak autisme mengulang semula perkataan atau frasa yang pernah didengar (samada melalui TV, radio atau perbualan orang lain) pada bila-bila masa.

Saya juga lihat simptom ini pada anak normal (yang BUKAN autisme).
Echolalia boleh juga berlaku dalam frasa anak belajar bercakap.
Biasanya ia bersifat sementara.

Mengulang semula soalan bila tidak tahu nak jawab apa.
Mengulang soalan untuk memproses maklumat yang diberi/ditanya oleh penyoal.

Macam burung kakaktua, belajar bercakap dengan cara mengulang-ulang ayat/frasa yang didengar.

Bila echolalia berlaku, ia petanda yang anak autisme boleh bercakap.
Tapi, perlu dilatih untuk bercakap/berkomunikasi dengan cara yang betul.


Speech therapy atau latihan berterusan boleh membantu.

Echolalia juga mungkin petunjuk kepada perasaan anak autisme tersebut.

Anak itu mungkin sedang merasa 'teruja' dan cuba untuk bertenang.
Ada kemungkinan anak autisme itu sedang stres. Mungkin juga terlalu gembira.

Segalanya mungkin. Sebab itu, ibubapa/penjaga anak autisme kena mahir 'membaca' dan menterjemah ekspresi muka dan perlakuan anak-anak ini.
Saya sendiri pun masih terkial-kial lagi.

Sekian untuk topik Autisme hari ni.

Syabas untuk anda yang tak bosan membaca sampai habis :)

Jumpa lagi!

8 comments:

iCaLoVeZiE said...

Saya baca hingga tamat kerana saya juga punya anak autism. belum pun panggil ma walaupun umur dah cecah lebih 3 tahun. :D

Syahida said...

ica, sampai sekarang pun (dah 7 tahun), Abil hanya sebut Ma bila disuruh/terdesak...takpela kan, janji dia sayang saya :-)

iCaLoVeZiE said...

saya amik autism plead letak di blog. dah lama pakai, lupa nak info,teruk betul.tq

ida khairani said...

Tq dear for sharing.

Lorida Jius said...

Maklumat yg sgt baik. . .BERHARAP ADA KEAJAIBAN ESOK UNTUK ANAKKU LIZ..
#SpeechDelay#

syida said...

sama2 ida

Lorida--> InsyaAllah..

Desa Zauyah said...

Seronok dapat baca blog nih sbb anak saya anas feeraz seorang kanak2 autisme dia dah 3 tahun tapi dia boleh bercakap beberapa ayat jer nak susu nak kencing

Anonymous said...

seronok dapat jumpa blog ini... selama ini saya ingat semua echolia adalah autism..terima kasih