Aug 3, 2010

Abil dan Kemahiran Motor Kasar

Kemahiran motor kasar? Dalam bahasa inggeris, disebut Gross Motor.Bukan kemahiran naik motor ya. Kemahiran motor kasar ialah kebolehan seseorang dalam menggunakan otot-otot yang utama pada tubuhnya, contohnya otot-otot kaki dan tangan. Bezanya dengan motor halus ialah, motor halus atau Fine Motor tertumpu pada bahagian otot yang lebih khusus pada otot kasar, contohnya otot-otot jari pada bahagian tangan.

Fahamkah?
Sesetengah kanak-kanak, khususnya anak istimewa, ada masalah dalam penggunaan motor halus dan motor kasar mereka. Tapi hari ni, kita nak bincang pasal motor kasar saja ye.




Masalah-masalah motor kasar?


-masalah dengan imbangan badan
-masalah dengan pergerakan, contoh berlari, melompat, merangkak, memanjat, dsb.

-masalah dengan jarak dan ruang, kesukaran menangkap dan membaling objek.
-sukar menterjemah arahan lisan kepada pergerakan, contoh bila diberi arahan untuk sesuatu pergerakan, susah untuk faham dan melaksanakan arahan.
-koordinasi otot yang lemah, ada anak yang tak boleh lari dengan sempurna, ada yang tak pandai melompat, dsb.

-Memori motor yang lemah, sukar untuk mengulangi pergerakan yang sama walaupun baru saja habis melakukan pergerakan tersebut.

Bercakap tentang gross motor Abil, tiada masalah ketara. Kalau ada pun, sangat minima. Ini semua hasil latihan sensori dan terapi kerja yang berterusan, setiap minggu.


Alhamdulillah, sejak kecil, tiada masalah berjalan, berlari, melompat. Merangkak mungkin satu masalah di peringkat awal. Ya, dia tak pernah meniarap dan merangkak semasa baby (ini proses penting untuk pertumbuhan otak ye kawan-kawan!).


Bab berbasikal, berskuter pun semua dia champion. Cuma belum dilatih berbasikal tayar dua.Abil juga tiada masalah imbangan. Dia boleh meniti semua jambatan dan titi halus dengan mudah.


Kelemahan Abil, bila disuruh membaling dan menangkap bola. Melakukan pergerakan mengikut arahan juga masih sukar. Tapi masih ada masa dan ruang untuk memperbaiki. 
Sekian :)

4 comments:

iCaLoVeZiE said...

Saya doa sangat Ayesha juga boleh excel macam Abil. So far dia tunjuk perubahan yang memuaskan. Cuma ternanti-nanti bila dia nak panggil saya mama..

Syahida said...

Ica, penantian tu satu penyeksaan...sabar ye! jgn putus asa berusaha dan tawakal... :-)

iCaLoVeZiE said...

Saya faham. Kena sabar. Tapi ada juga orang sekeliling yang selalu buat saya sedih.. Walaupun dia saudara rapat saya. Mungkin tidak faham, atau buat-buat tidak faham? Entahla..

Syahida said...

orang-orang yang 'tak faham' tu ada di mana-mana. pekakkan telinga, butakan mata...kalau mampu. u know ur child best.hv faith..insyAllah.